Pages

Wednesday, June 10, 2009

Majlis Persandingan Kami~~







Hari sabtu baru ini adalah hari persandingan aku dengan isteri. Haih, nak kata rasa excited sangat tu takde la. Dah lama nikahnya. Even isteri pun dah mengandung. Tapi masih meriah pesandingan tu. Kawan-kawan datang meraikan, saudara mara pun ramai.

Aku bertolak dari ipoh jam 11:30 pagi. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam setengah. Manakan tidak, kereta bersambung-sambung. Punya la banyak. Untung juga sebab Abah yang lead konvoi. So, kami boleh speeding la. Kami sampai sekitar jam 1 petang. Sebaik sampai ke rumah pengantin perempuan, kami disambut dengan kompang. Meriah sungguh majlis tu. Ramai orang datang. Aku ni punya la gabra, siap pakai spek hitam lagi. Budget hensem la konon.

Bila masuk duduk atas pelamin, ada la budak-budak kompang ni bersilat depan kami. Haih, silat pun macam pow duit jer gayanya. Tapi kiut la budak-budak tu bersilat. Seronok tengok persembahan tu. Thanks pada Dylla, Liya, najwa, Yatie yang datang dari KG. Gajah meriahkan lagi majlis aku. Aku hargai sangat kehadiran korang. Tak lupa juga pian, fairus dengan paipit. Apa-apa pun, korang tengok ler gambar ni ye. Pictures Tell Lots Of Meaning.


Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!