Pages

Thursday, May 14, 2009

Ahli Keluarga Baruku~~




Assalamualaikum semua,

Apa khabar korang sekarang? Aku sekarang ni macam biasa la. Happy and steady. Hari ini baru je beli kucing. Baka domestic je, tapi medium hair. Cute sangat. 4 bulan umur kucing aku ni. Aku dah pun namakan kucing ni. Nak tau nama dia?? Nama dia "Poteh". Sure korang wonder napa nama dia cam pelik sangat. Actually aku pergi beli kucing ni dengan anak buah aku, Adam. Biler tanya wife aku nak namakan apa, wife aku pun tak boleh nak fikirkan 1 nama. Pastu adam lak sebut putih "Poteh". Dia kan pelat. So, kita orang amik la nama poteh tu jadikan nama kucing kitaorang. Wife pun setuju nama tu.

Warna bulu Poteh putih coklat. Actually aku ni tertarik hati dengan kucing bulu kelabu maroon. Ada la aku terpandang hari tu. Dekat mana pun aku tak ingat. Haih, kalau la dapat kucing tu, sure aku bela elok-elok. Tapi, takpe la. Kucing pun makhluk Allah juga. So, kena la pelihara elok-elok. Tadi berbual panjang dengan Abang Amir, Brader yang jual kucing ni. Tanya dia penjagaan kucing tu macam mana. Banyak juga la info yang aku dapat. Harapnya aku boleh la bela Poteh elok-elok.

Sangat la kuat main Poteh ni. Memang habis rumah aku. Untung aku dengan wife tak kisah. Seronok sekarang ni. Rumah dah meriah. Nanti ada baby lagi meriah.

Ok la. Kat sini aku attach gambar Poteh. Kalau korang ada nak bagi kucing baka luar, roger la kat aku. Jantan dan berumur 4 bulan.

"Poteh, Welcome to the family."

Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!