Pages

Sunday, January 01, 2012

Adra kena demam campak.

It's Painful.
Kesian anak aku yang ke-2, adra. Boleh pulak kena demam campak. Patut ler asyik merengek je. Alhamdulillah sekarang dia dah nak minum susu botol. Walaupun tak banyak, tapi adalah progress. Better than nothing at all. Berbintik-bintik merah penuh 1 badan. Takpelah adra. Nak membesar kan?. Hidup ini sentiasa ada cabaran, ini salah satunya.

Petang tadi kami 1 family keluar pergi tesco kajang. Actually nak pergi carrefour alamanda, tapi apakan daya, manusia berduyun-duyun di situ. Dah sampai kat alamanda pun time tu. Terus ubah hala tuju pergi tesco kajang. Kuranglah sikit orang dekat tesco kajang. Downside'nya pula, diaorang shoping sakan. 1 family bawa 2 troli penuh dengan barang. Tah berapa ratus sekali beli tu. Tujuan kami keluar ni nak cari kelapa muda untuk adra. Biasa la, kepercayaan orang tua-tua. Minum air kelapa cepat keluar campak. Nak cari yang fresh dari pokok, memang takde la. Beli jer la. Beli 2 biji kelapa dan pampers adni sekali. Habis RM50.

Time nak bayar memang seksaan. Beratur panjang. Mua pun tolak troli penuh barang. Kami queue 30 minit baru dapat bayar. Nasib badan. Pastu terus rushing balik rumah coz dah nak maghrib. Hope esok adra aian lebih sihat. Kesian dengar dia merengek je.


"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!