Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat lagi aku berceloteh di ruangan ini. Tahun 2011 cukup bermakna dalam hidup aku. Penuh dengan suka duka kehidupan. Telah setahun juga aku berkhidmat didalam perkhidmatan awam. Ya, masih terlalu banyak perkara yang perlu aku pelajari. Jangan sekali-kali mengalah.
Aku ingin berterima kasih kepada semua pembaca & follower Trancends. Walaupun kekerapan update menurun secara mendadak, tetapi blog ini tetap wujud selagi aku wujud. Aku dah cuba delete blog ini, tapi terasa janggalnya bila takde. Pada followers, walaupun korang tak komen, aku tetap hargai korang. Aku menulis bukan sebab nak korang komen, tetapi untuk meluahkan sesuatu. Komen korang umpama abc yang ditambah aiskrim keladi di atasnya. Sungguh manis bunyinya itu. Sepanjang tahun 2011 ini, wujud masalah & isu yang menjadikan blog ini tergendala. Insya'Allah, 2012 menjanjikan wajah baru dengan semangat baru yang berkobar-kobar.
Pada kawan diluar sana, walau dimana pun korang berada, korang tetap ada dalam memory aku. In the deepest sector of my magnetic disc, korang tetap yang terbaik.
Pengakhir kata, semoga kita semua mencapai sasaran & impian tahun 2012 dengan jayanya.
"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."
No comments:
Post a Comment
Berani komen?