Apa nak jadi dengan owner blog trancends ni. Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Apa nak dikatakan. Aku hanya penulis sambilan, bukan penulis tegar.
Terlebih dulu, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin muslimat, dan juga kepada mereka yang turut sama memeriahkannya. Topik kali ni taklah berat pun. Sekadar buat pembuka bicara. " Kriteria memilih laptop : design, harga atau performance? ".
Design?
Pastinya, ramai yang akan menjawab design a.k.a rekabentuk. Ini kerana perkara pertama yang menarik perhatian seseorang untuk membeli laptop adalah designnya. Tetapi bagaimana dengan kepuasan mengguna? Semua sedia maklum, design sahaja tidak akan memastikan laptop itu berfungsi mengikut kehendak keupayaan individu.
Harga?
Mungkin bagi mereka yang mempunyai budget yang sedikit. Tapi sekarang ni, pada zaman ini, kurang sekali orang yang membeli mengikut budget. Kebanyakkan membeli mengikut nafsu.
Performance?
Ini kriteria yang paling jarang pengguna teliti. Sebabnya, berapa ramai pengguna yang bijak dalam IT. Tak berapa peratus pun. Jadi, ramailah yang menjadi mangsa penipuan peniaga rakus mengaut keuntungan. Harga mahal, performance yang diharapkan tak kesampaian.
Sebagai pengguna yang memiliki latar belakang IT yang kukuh, aku ingin memberikan tips untuk memilih laptop.
- Performance
- Harga
- Design
Contoh:
Laptop 1. RM1799
Intel Core i3, 500Gb Hard disk, 2gb ddr3 ram
Laptop 2. RM1599
Intel B940, 500Gb Hard disk, 4gb ram
Penyelesaian?
Pilih laptop 1. Walaupun perbezaan harga RM200, tetapi dari beza performance adalah sangat tinggi. Umpama, Ferrari dengan Proton.
Diharap, tips ini dapat membantu pembeli-pembeli di luar sana. Jangan terlalu ghairah untuk memiliki laptop sehingga mengabaikan tips-tips ini.
No comments:
Post a Comment
Berani komen?