Pages

Tuesday, June 07, 2011

Hari Ini Aku Pindah Opis Baru....

Guys, last entry aku di opis lama. After this, entry yang baru adalah di tempat baru. Hari ni memang sangat sibuk. Busy gila mengemas barang. Macam-macam nak dibawa. Sampaikan yang tak patut bawa pun dibawa juga. Biasalah kalau dah excited, lupa semua yang perlu dibuat.

So, sebagai merasmikan opis baru, macam biasalah. Mesti cerita hantu punya. So, hari ini pagi-pagi la Aaron dah story citer hantu kat building baru. Paling bestnya, hantu tu dok kat basement lak tuh. Tempat parking kereta. Dan building baru tu cuma ada parking basement jer. Camner? Tak haru namanya. Tapi, apa-apa pun, hati kena kuat. Perlu percaya pada Yang Pencipta.

Okay guys. Perlu sambung mengemas lagi ni. So, see you in the new building.

"Memandang ke belakang, yang ada kesan langkah penuh berdarah. Lantas, melihat ke hadapan, yang wujud jalan onak berduri. Tapi tak mungkin berdiri di sini, terdiam dan terpaku. Kerana putaran hidup memaksa aku melangkah, walau setapak. Langkah berdarah jadi pengalaman, buat pedoman melalui jalan onak berduri."

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!