Pages

Tuesday, October 07, 2008

Aidilfitri 2008



Its been so long. Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua. jutaan ampun maaf aku pohon pada semua rakan-rakan. Aku insan biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Tahun nie aku beraya di JB. Sememangnya mengembalikan nostalgia JB ni. Apa istimewanya beraya di JB? Aku rasa terlalu banyak. Mercun di jual merata-rata, walaupun sekarang dah ada larangan menjual mercun. Raya di JB tetap macam raya 20 tahun dulu. Suasananya sama. Malam sebelum raya, aku dan adik beradik aku sibuk menganyam ketupat. Well, adik beradik aku jer. Aku tengok je. Meriah betul. Usik mengusik sepanjang masa. Nenek aku sibuk masak kuah kacang untuk ketupat, buat rendang untuk lemang dan banyak lagi la.
Kemudiannya aku dan family pergi ke Pasar Besar Pandan. Shopping raya. Pasar besar pandan memang best. Sama macam Gerbang Malam di Ipoh tapi 5x lagi besar dari Gerbang Malam. Orang jangan citer la berapa ramai. Nak berjalan pun susah. Padat sangat. Barang-barang pun murah-murah. Aku tak shopping. Tahun nie moto aku adalah "beraya dengan berjimat cermat". Ada sebab tuh. Huhuhu. Bayangkan kalau jalan 3 Line boleh jammed dekat Pasar Besar Pandan tuh. Agak-agak berapa ramai manusia tu yerk.
Di pagi raya, aku kol 6 pagi dah bangun. Mandi sunat hari raya dan kemudian solat subuh berjemaah dengan ayah aku. Pastu bertakbir. Seronok bertakbir. Perkara jarang-jarang buat kan. Kemudian pergi solat raya. Yang bestnya aku beraya gi kampung nih, time nak solat raya tuh, ramai giler kawan-kawan sepermainan ada. Ada dekat 50 orang kot. Kitaorang lepak luar surau tuh, sembang-sembang dulu. Tanya-tanya khabar masing-masing. Bukan senang nak dapat jumpa. Ada yang dah berbini dah. Lepas solat hari raya, aku balik umah. Macam biasa, masa untuk bersalam-salaman dengan seisi keluarga, memohon ampun maaf. Time nih memang sayu la. Ada jer yang mengalir airmata.
Lepas tu, kitaorang bersiap. Nak pergi beraya di Singapore. After 15years, aku akan masuk ke Singapore semula. This time, aku drive sendiri. myvi aku dah berjaya menjejakkan tayar ke Singapore la ni. Haha.... Sebagai dugaan pertama, aku dok dalam jammed selama 4 jam. Aku dah nak berjoget dah dalam kereta tuh. Lama betul. Tapi akhirnya berjaya juga sampai ke destinasi. Rumah Tok Yam. Actually, nenek sedara aku. Dapat la jumpa-jumpa balik, bergurau-gurau dengan diaorang.
Wah, panjang juga story raya aku ni. Ok la, takpe-takpe. This part is about raya. Next part about reunion after 14years oke! Till next part, wish you all the best.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!