Pages

Tuesday, September 23, 2008

Sehari 10 minit....,

apa cerita nak story arinie? Aku pun blur. Sebabnya aku tak tido lagi dari semalam ni. Dok wat kerja. Siapkan system orang yang crash. Orang tuh nak hari nie lak. Ada presentation pagi ni. Bayangkan la letih aku ni camner. Tapi takpe. Usaha tangga kejayaan. semalam aku dapat offer buka kedai komputer di seri iskandar. Masih lagi mempertimbangkan hal nih. Sememangnya aku berminat nak buka kedai komputer, tapi aku ni tak cukup ilmu lagi. Risau la juga nak jalankan bisnes tu. Apa pandangan korang? Maybe ada suggestion korang yang bagus-bagus. boleh aku guna pakai.
Lately, ada jer kerja aku. Setiap tahun aku mesti tunaikan zakat secepat mungkin. Mengsucikan harta kan. Alhamdulillah, lepas bayar zakat tu, hati pun tenang, kerja pun senang. Ada je kerja untuk aku buat. Berkat tuh. Tahun nih zakat RM7.00 jer. Jadi pada malam ke-10 tuh aku dah settlekn zakat dah. Biar la settle cepat-cepat. Tahun depan bayar zakat untuk 2 orang la aku. Berpuasa pun berdua juga, berbuka, bersahur, semua berdua. Macam excited jer. Tapi yang sebenarnya, aku cemas dan gementar. Cemas sebab takut tak mampu pikul tanggungjawab tu. Gementar sebab nak berdepan dengan rintangan dan halangan yang lagi besar.
Anyway, aku ucapkan selamat pengantin baru pada yang akan nikah lepas raa ni. kalau yang awal-awal raya tuh, aku minta maaf. aku tak dapat datang. tahun nie aku beraya di johor dengan seluruh family aku. Ini jer masa aku dapat luangkan bersama diaorang.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!