Pages

Saturday, September 20, 2008

Finally.... I Found My Way!

Ada perkara dah selesai aku laksanakan. Kedua-dua family dah setuju. Cuma tunggu masa yang sesuai jer sekarang nih. Cadang mereka, raya korban nanti. Aku menurut jer mana yang baik. Aku lebih fokus pada kerja sekarang ni. Di ulangi, "LEBIH FOKUS". Betul juga kata ramai orang. Bila kita dah tahu arah tuju kita, hidup kita jadi lebih fokus. So do I. Sebelum ni, aku takut nak melalui semua ni. Aku tak pasti sebenarnya.

Pengumuman: "Aku Akan Bertunang Raya Aidiladha ni."

So far, belum ada sebarang pembelian untuk perkara ni lagi. Masih lagi menanti masa yang sesuai. Lagipun buat apa nak gopoh kan. Masih ada banyak lagi perkara lain yang perlu aku fikirkan. Melihat ke belakang, baru aku sedar aku dah terlalu banyak habiskan duit dengan enjoy. Kalau duit tuh aku saving, dah boleh wat 3x kenduri kawen dah. Macam tak percaya jer. By the way, nak tanya pendapat korang semua la. Aku nak beli cincin ni. So, cincin apa yang sesuai? Budget tuh Bawah RM1000 la. Material tuh tak kisah. Ikut korang nyer pendapat la. Design pun sama. Almaklum la, aku ni kan lelaki metropolitan. Kerja siang malam.
Sekarang aku sibuk menyiapkan rumah aku. Tengah sibuk mengecat, kemas rumah, renovate apa yang patut, interior design. Macam-macam la. Semuanya aku buat sama-sama dengan "bakal isteri" aku. Berkongsi idea. Contohnya, aku nak ruang untuk komputer dan kerja-kerja aku. So, aku nak ambil 1 bilik buat bilik kerja dan study. Interior design aku serahkan pada dia. Aku cuma cakap aku nak macamana jer. The rest, dia settlekan. Seronok wat sama-sama. Baru aku tau betapa bahagianya orang nak kawen. Hahaha....
Adik beradik aku pun dok support aku. Macam-macam idea diaorang bagi. Dari cincin pengantin, sampai la ke design bilik pengantin. Diaorang pulak yang excited. Maybe sebab anak lelaki pertama kot. Diaorang pun nak dapat adik ipar perempuan pertama.
Nak tahu cerita camner "bakal isteri" aku di pilih? Camni..., Mula-mula sekali, dia mesti go through akak aku yang sulong. Along ni memang cerewet gila. Ada jer yang dia tak berkenan dengan kawan-kawan perempuan aku sebelum ni. Super Duper Perfectionist la along nih. Tapi, bila dengan "bakal isteri" aku ni, dia lak yang lebih-lebih tanya. Dia cakap "bakal isteri" aku ni sopan, hormat orang, sikap dia boleh diterima la. Ok2. watever la Along. Anyway, thanks erk coz jadi judge.
Kedua, go through akak aku yang no. 2. Kak ina. Yang nih kurang cerewet sebab kepala rockers. Tapi ada gak yang memilihnya tuh. 1st sekali, bab ketepatan masa la. Kami 1 family kan ker extra-fast nyer orang. So, yang nak join kami pun kena la yang always alert and get ready. Yang nie tak banyak masalah sangat. Kemudian mama. Mama nie dah ok dah. Lebih pada pandangan orang tua. Abah pulak tak komen apa. Tapi waktu aku putus dengan "bakal isteri" aku, abah la orang yang lebih-lebih tanya pada mama. Siap sound kat mama lagi, kata boleh ker aku cari yang lagi baik, lagi cantik?. Fuuh, berderau darah aku.
Eh, terlebih info lak bagi pada korang. Anyway, thanks coz always baca blog aku. Blog ni takde benda pun. Tinggalkan komen korang kat bahagian kritikan tuh. Bagi nampak cam meriah sikit. Hehehe... Adios Amigos!

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!