Pages

Tuesday, August 26, 2008

Update Trip To Kota Bharu

I'm back!!!!

Laungan penuh semangat tu. Lama gila aku tak update blog ni. Rindu. Bukan tak nak update, cuma takde sambungan internet. Celcom broadband amat la hampeh + selenge di KB. Lagipun, itu kan masa aku bercuti. Aku tak fikir kerja sikit pun. Bercuti menenangkan fikiran sepenuhnya. So, apa yang menarik di KB?

Soalan tu aku sendiri pun tak tahu nak jawap macamana. Kalau aku kata aku banyak habiskan masa aku dengan tido camne? Obviously, memang banyak habiskan masa dengan tido pun. Kuar pun kejap-kejap. Aku benci memandu di sana. Serabut. Diaorang drive macam tak pernah ambil lesen memandu. Terlalu banyak Trafic Light. Dah tu takde sensor lak. Trafic Light zaman kuno.

Wah, banyak gila aku kondem KB ni. Orang kelantan jangan marah yerk. PoV aku ni based on banyak-banyak tempat aku dah pergi. Even Perlis pun cantik lagi. Apa yang aku nampak, KB ni takde sistem perparitan yang sistematik. Aku tak tau la kalau KB ni advanced dengan buat perparitan underground. Keadaan rumah-rumah di sana pun berserabut. Susunan macam takde perancangan bandar. Pembinaan seolah-olah asal boleh pacak tiang, tangkap muat. Sedih juga la. Kata negeri yang berpegang teguh pada agama Islam. Even tamadun Islam dulu-dulu pun, dah ada perancangan bandar yang hebat.

Kalau nak di kira dari jarak tahunnya, aku boleh kata KB ni ketinggalan sekurang-kurangnya 10 tahun pembangunan. Terengganu pun dah maju gila dah sekarang ni. Takpe la. Maybe Nik Aziz belum jumpa lagi penyelesaian permasalahan ni.

By the way, waktu aku di sana, aku kuar lepak dengan kawan-kawan cosmopoint KB. Diaorang ni aku kenal waktu konvo di KL dulu. Dari segi ukhwah, aku suka orang Kelantan. Diaorang sangat kuat ukhwahnya. So, 1st aku hangout dengan Nadia. Just kuar makan jer malam 1st aku sampai. Aku gi layan Sup Torpedo. Boleh tahan la sedap dia. Siap Nadia belanja lagi tu.

Kemudiannya, aku jumpa akak angkat aku. Yang ni tragik sikit la. Kak Imah. 6yrs dah berlalu. Kami tak pernah jumpa pun dalam masa 6 tahun nih. Contact pun ada la sekali dua. Tue pun kebetulan. Finally dapat jumpa balik dengan dia. Tapi rasa agak awkward la. 1st, sebab dia dah jadi bini orang. 2nd, sebab aku dah lagi tinggi dari dia. Tapi, yang pasti kami tetap enjoy jumpa. Seronok sangat. Sampai jadi clueless nak cakap apa. Kak Imah lak dah merah mata tahan airmata. Sian dia. 6yrs beb! Kak Imah dah ada baby girl dah pun. Umur 5 bulan. Nurul Ainul Mardhiah. Sedap kan nama tuh. Katanya, kalau anak lelaki, nak namakan Mohd. Azdan Hariz. Wah, popular gitu nama aku. Terharu. Coz dia sangat la baik pada aku. Pertemuan kami singkat je. Tap aku janji pada dia, kalau aku datang KB lagi, aku akan bagitau dia. Next time, aku akan datang umah dia lak.

Next person ialah Siti Nora. Yang ni pun budak Cosmopoint KB juga. Lawaknya, aku takde contact no. dia pun. Waktu aku berkenalan dengan dia di konvo tu, dia jual mahal. Minta no. phone pun tak bagi. Suddenly, aku jumpa dia di KB Mall. Aku nak buat test mata, and dia jadi salesperson kat situ. Dia tengok aku pelik sangat. Last, dia tanya aku. "Saya macam kenal awak je?". Memang la kenal. Dia je sombong dengan aku. Gelak dia bila aku jawap macam tu. Terus kitaorang borak-borak. Tukar-tukar contact info. Siti Nora ni dah bertunang pun. Kawennya tak tau bila. Aku cakap, aku tuntut kad kawen dia. Jodoh pertemuan kan. Kenalnya di KL. Even tak expect pun akan dapat contact balik. Last-last boleh jumpa lagi. Rezeki.

Aku tak pergi jalan-jalan tempat menarik pun. 1st, sebab kamera aku ada orang guna, pastu tak charge bateri balik. Hampeh. Beria aku usung kamera tuh sana sini, alih-alih tak boleh guna. Takpe la, bukan rezeki. 2nd, taktau tempat menarik kat sana apa. Tanya orang KB pun diaorang taktau. Ini kan lagi aku. Hahaha.

On the way balik dari KB, aku ikut jalan pantai nak ke Kuala Terengganu. Best. Sangat cantik tempat tuh. Aku lalu Penarek. Berenti jap kat situ. Pekena Sotong Goreng Tepung. Marvellous. Aku suka Terengganu. Mak aku semalam suruh aku carik bini orang Terengganu. Yerla, akan anakanda usahakan. Aku di Terengganu singkat sangat. Sampai di Kuala Terengganu, aku terus pegi Pasar Payang. Shopping makanan Terengganu le. Kemudian terus drive balik Ipoh. Tapi, aku singgah Tasek Kenyir jap. Beli masak asam pedas ikan baung. Gila sedap. Memang tak dinafikan lagi. Mak aku order tuh.

Bila drive balik, hari dah hujan. Aku drive dalam hujan dah macam Initial D tuh. Hujan lebat and aku still pergi 100-120km/h. Biasa la. Nak cepat. Paling best jalan cameron. Time tuh pun dah kol 7 lebih. Dah gelap. Pastu hujan lak tuh. Jalan corner gila-gila. Seronok sakan layan corner. Tayar skidding pun takpe. Jalan basah, jadi tayar tak banyak abis. Hahaha. Finally, kol 8mlm aku sampai rumah. Tamat la pengembaraan aku.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!