Pages

Wednesday, September 03, 2008

Salam Ramadhan. (Baju raya warna apa??)

Hi semua!

Pertama-tamanya, aku menyusun sepuluh jari, memohon maaf pada korang semua. Andai ada salah silap, terkasar bahasa, dosa-dosa kering aku pada korang. Ramadhan datang lagi. Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam amnya, dan semua kawan-kawan aku khususnya.

Lama aku tak update blog ni. Tersepit dalam kesibukan kerja dan aktiviti seharian. Rindu nak menulis, cuma tiada kesempatan masa. Kekangan semakin banyak akhir-akhir ni. Sejak aku balik dari bercuti di Kota Bharu, terus-terusan aku tak meng'update blog ni. Kejam sungguh masa pada diri aku.

Jom kita semua lihat jadual harian aku bulan puasa ni.

5:30am - Bersahur.
6:00am - Solat Subuh
6:15am - Baca Al-Quran
8:00am - Tido kejap.
9:30am - Kuar kerja.
1:15pm - Solat Zohor
1:30pm - Kuar kerja
4:30pm - Solat Asar
6:00pm - Pergi Bazaar Ramadhan
7:00pm - Get ready berbuka puasa
7:45pm - Solat Maghrib And Bacaan Yasin
8:30pm - Pergi Masjid, Solat Isya' And Terawih
11:00pm - Kuar kerja.
2:00am - Balik tido.

Tue la cycle life aku hari-hari. Letih memang letih. Tapi happy. Seronok dapat bekerja. Dapat tunaikan ibadah. Rugi juga tak banyak gunakan masa untuk ibadah. Tapi takpe la. Dalam kereta pun biasanya baca yasin. Nasib baik hafal surah yasin tuh.

Lately kerja terlalu banyak. Sampai terlupa perkara-perkara lain. Isu kawen terpaksa dipendam buat sementara waktu. Lagipun, akhir-akhir ni dah lepak dengan kawan primary skool. Gila meriah. That day 30 Ogos, lepak dengan diaorang dekat Putrajaya Precint 9. Dari kol 10:30mlm, sampai kol 3:30pagi tu. Table kitaorang la paling meriah sekali. Padahal ada 5 orang jer.

Malam tuh juga merupakan final pertandingan bunga api peringkat antarabangsa. Dapat la tengok kejap. Cantik. Tapi pastu lepak jer dengan kawan-kawan. Aku drive balik dari KL kol 4pagi. Sampai Ipoh kol 6pagi. Biasa jer driving tengah pagi buta ni.

Owh, terlupa. 2 Ramadhan nih genap 4 tahun arwah atok aku pergi. Aku sentiasa ingat, mekar dalam ingatan. sebab aku, cucu dia yang paling rapat, tak balik tengok dia saat-saat terakhir tu. Dek kerana kerja, aku tak balik pada hujung minggu tu. And siapa sangka, itu adalah kali terakhir aku dengar suara dia. Menyesal?? Takde perkataan yang dapat mengungkapkan perasaan aku. Sekarang, cukup aku berbakti menabur bacaan yassin dan Al-Fatihah di pusaranya.

To my friend, Fieza. Congratulation sebab dah pun memulakan kerja baru di Perodua. Semoga kekal and bertemu jodoh di sana. Pada kawan-kawan yang lain, puasa tak cukup takde duit raya ye. Di ulangi, puasa tak penuh takde duit raya. Hahaha. Sesiapa yang nak sponsor butang baju melayu, or baju melayu, or apa-apa jer yang berkaitan dengan raya, sila la alamatkan package anda ke;

6 Persiaran Pinggir Rapat 5,
Taman Saikat,
31350 Ipoh,
Perak.

Hehehe. Appreciat it yo! This year punya baju melayu tak tau lagi warna per. Tunggu my sweethearts bagi. Read carefully. SWEETHEART"S".

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!