Pages

Sunday, September 07, 2008

When We Get Together

Apa yang aku nak tulis kali ni? Aku pun takde idea. Bulan puasa ni, aku kurang berjalan. Kurang enjoy. Everything kurang la, senang cerita. Cuma semalam je aku kuar makan dengan Lily. Lama tak jumpa dia. Per nak cakap pasal perjumpaan kali ni? Aku rasa sama je macam perjumpaan sebelum ni. Cuma, maybe sebab dah lama tak jumpa, aku tengok dia makin cantik sekarang. Maybe mata aku jer yang buat silap mata.

Bila aku balik rumah semalam, Iman tak abis-abis dok kenakan aku. Aku berbuka dengan Lily. Memang kontroversi la dalam famili aku. Diaorang tau situasi aku dengan Lily. Mak aku direct jer sound, "dah ada awek tuh, kawen jer la." Fuh. Gila arrr. Sound Direct tuh.

Baru jer kejap ni, aku sembang dengan mama. Mama macam tau je hati aku ni. Mama cakap, "Kalau dah berat ke dia je, udah le tu. Kawen jer la." Macam transparent jer hati aku ni pada mama.

Ok la, aku tulis sampai sini dulu. Aku nak berbuka ni. So, nanti ada masa aku tulis lagi.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!