Pages

Monday, February 09, 2009

Trip Ke Perlis Indera Kayangan + Post Ke-100

Lily & The view. The sunset.

The me & the view. The sunset.

Ini adalah artikel ke-100. Dahsyat juga la aku ni kan. Ini antara blog yang survive sekian lama juga le. Aku ni bukan la orang yang pandai menulis apatah lagi mengarang dan bersandiwara. Dulu, aku pernah ada blog di Friendster dan juga Myspace. Tapi sekarang, aku tumpukan pada Blogspot sahaja. Tapi, bila diteliti, blog Friendster lagi bagus. Sebab dia guna enjin Wordpress. Template pun lawa-lawa gitu. Sekarang ni, trancends ini komitmen aku. Say "yes to Trancends".

The sun is setting. The view is unbelievable.

Semalam, Thaipusam. Semua orang cuti, bagi negeri-negeri tertentu jer. Perak pun cuti. So, aku + tunang pun pergi berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Kali ini destinasi kami ialah Perlis Indera Kayangan. Bertolak dari Ipoh sekitar jam 12 tengahari. Perjalanan ke Utara lancar. Trafik pun tak banyak. Dalam kereta, kami enjoy perjalanan. Sepanjang perjalanan, ada je topik yang dibincangkan.

Lily & The Reflection.

Destinasi percutian kami :
  • Kota Al-Marhum Kayang, Perlis. ( Exit Jitra. Interchange 181. Menghala ke Kodiang/Kangar.)
  • Jeti Kuala Perllis. ( Exit Jitra.)
  • Padang Besar, Perlis.
  • Snake & Reptiles Farm, Sungai Batu Pahat, Kangar.
  • Jalan Pesisir Pantai, Perlis. ( Exit Jitra. Interchange 181)
  • Sunset View, Jeti Kuala Perlis.
The view itself with me sitting in front.

Kami sampai ke Perlis sekitar jam 3 petang. Perjalanannya memenatkan. Terutama bila keluar dari Highway. Ikut jalan persekutuan ke Kuala Perlis sangat memenatkan. Bagusnya Negeri Perlis ini kerana walaupun jalannya bersimpang siur, papan tandanya sangat membantu. Kita boleh bezakan tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat tumpuan pelancong. Cuma mungkin sedikit keliru bila di Kangar. Bila dekat dengan persimpangan, perlahankan la kereta. Sebab di persimpangan, takde signboard. Signboard diletakkan kira-kira 20 meter dari persimpangan. Jadi, berhati-hati.

Lily @ Sunset View, Kuala Perlis.

Sepanjang perjalanan merentasi Negeri Kedah, pemandangan sawah padi memang memukau mata. Padi tengah masak, jadi nampak kuning je. Cantik sangat. Kedah dikenali sebagai negeri jelapang padi. Perjalanan di Negeri Kedah terasa singkat dek kerana asyik dengan pemandangan sawah padi. Berbeza dengan perjalanan ke Kuala Lumpur. Pemandangnya membosankan.

Aku @ Jeti Kuala Perlis - The Landmark.

Sebaik saja kami exit Jitra (Interchange 181), kami drive masuk ke pekan Jitra. Menghala ke Kodiang/Kangar, kami melalui satu tempat yang di panggil Makam Puteri Lindungan Bulan. Aku cuma tahu Puteri Linduangan Bulan tu cuma sebuah novel. Tak sangka pula actually itu nama tempat yang wujud di Malaysia ni. Banyak lagi yang aku tak tahu rupanya. Sepanjang perjalanan, aku dan lily tak berhenti makan. Ada je makanan kami beli. Perjalanan jauh perlukan konsentrasi yang tinggi.

Lily @ Jeti Kuala Perlis - The Landmark.

Destinasi tumpuan kami adalah Padang Besar dan Sunset View. Di Padang Besar, kami shopping barang-barang makanan. Banyak pilihan di sana. Aku tak minat nak beli pakaian, walaupun pilihannya bersepah-sepah. Padang Besar ni berbeza dengan Rantau Panjang. Aku lebih suka Rantau Panjang lagi. Seronok shopping di sana. Pilihan yang banyak dan variety. Kami tinggalkan Padang Besar sekitar jam 5:30 petang. Menuju ke Jeti Kuala Perlis untuk agenda yang terakhir. Ini agenda yang sebenarnya menjadi tujuan aku. A date under the sunset. Kira nak romantik la konon. Jam 6:30 petang, kami dah ada di pesisir pantai jeti kuala perlis. Matahari pun sudah condong ke timur. Merah-kemerahan menyala memancar lembayung ke kaki langit.

Interchange 181 - Jitra. Ke Kuala Perlis ikut Jalan Pantai.

Tak disangka, suasana petang sangat cantik. Ramai orang dok melepak di tepi pantai tu. Seakan-akan ada pesta di sana. Meriah sangat. Kami lepak sama di tepi pantai tu. Sambil melihat matahari terbenam. View yang jarang-jarang dapat dilihat. Bersyukur kerana di beri peluang juga. Sekitar jam 7:30 malam, kami berangkat pulang ke Ipoh. Sebelum tu, sempat juga singgah di kedai Laksa Kak Su. Paling famous ni. Merata Malaysia tau. Dalam kedai ni, siap ada pamer lagi sijil anugerah penghargaan kerana join rumah terbuka malaysia 2004. Hanya yang terbaik je boleh join. Dahsyat tak?

Alor Star-Langgar-Kangar. Apa jadi agaknya?

Perjalanan pulang hambar je sebab malam. Takde apa yang nak dilihat pun. Kami sampai di Ipoh sekitar jam 11 malam. Tamat la trip ke Perlis Indera Kayangan.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!