Pages

Wednesday, February 15, 2012

SBPA : Semakan Semula Hampir Selesai.


Sedia maklum, ramai yang tertanya-tanya bila agaknya SBPA akan bermula. Aku sendiri pun tak pasti walaupun bermacam-macam desas desus didengari di sini. Terkini yang didengar mengatakan semakan semula SBPA dah hampir selesai. Malahan di Facebook pun ada terdapat banyak post yang memaparkan tangga gaji yang dicadangkan kepada cuepacs oleh penjawat awam.

Dijangka penghujung Mac ini, penjawat awam akan mula terasa bahang SBPA yang telah disemak semula. Dan yang menariknya, dikatakan semakan semula melibatkan tangga gaji dan terdapat kenaikan berbanding tangga gaji asal yang ditunjukkan kepada penjawat awam sebelum ini. Jadi, nantikan berita gembira ini dan berdoalah semoga semakan semula ini memberi keadilan kepada semua pihak.

p/s: Kenaikan 7-13% akan digunakan, dan bukan 13% - 200% seperti sebelum ini.

arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!