Pages

Saturday, January 17, 2009

AJL-23

Aku tengah ushar AJL ni. Baru pas tengok Faizal Tahir nya performance. Fuh, memang dasat. Dia memang hebat, memang dasat. Suara memang steady. Tarik tone tinggi pun steady. Aku cakap kat tunang aku, biasa la, orang nyanyi nasyid kan. Sekali bawak lagu rock, terus keluar bakat rock dia. Di support lak oleh suara-suara jin yang bersorak riang, memang lagi sedap la. Tapi, aku suka lagu-lagu dia. Mostly la.

Ni lak, tengah layan performance Spider. Bila Nak Saksi beb. Aku naik saksi 15 Mac ni. Nikah beb. Si Faizal Hot.FM wat lawak tadi. Sally Iskandar. Haha... Marah kawan mak aku dengar Faizal kutuk anak dia. Bagus juga pengacara AJL kali ni. tapi, nampak juga la kekok diaorang. Merepek pun ada. Seronok dok melawak dengan tunang aku. Ops, lupa lak. Tunang aku ada kat sini, lepak dengan aku. Si Stacy ni lak memang dasat menari. Suara pun agak ok la. Huhu...

Ok, akhirnya Faizal Tahir menang 3 awards. Tapi, paling tak disangka-sangka, Juara AJL-23 kali ni, Meet Uncle Hussein. Memang unik la. Selalunya orang yang colect awards paling banyak yang menang, tapi kali ni tak. Tahniah arrr Meet uncle Hussein. Korangnya lagu pun sempoi-sempoi.

Fuh, best juga AJL kali ni. Memang Faizal Tahir sapu abis. Bagus la. Balas dendam tahun lepas dia tak dapat kan. Frust tuh beb. Yang aku ter'over excited ni kenapa lak kan. Bukan aku pun yang menang. Haha... Seronok dengan kejayaan bangsa melayu ni.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!