Pages

Sunday, January 11, 2009

Apa yang baru?

Superman. Aku yang tak berubah. Kat umh bakal mak mertua ni!

Sekali lagi, aku gagal nak update blog ni. Sori la kawan-kawan. Aku banyak outstation sekarang. Kalau tak pun, aku still ada di luar buat kerja. Tahun baru, semangat baru. Aku tetap sama seperti biasa. Cuma, maybe ada orang kata aku dah berisi lagi. Mungkin ye, mungkin tidak. Yang pasti, berat badan aku memang dah naik sikit. Around 3kg je pun. Agak chubby juga la sikit.

Kasut baru. Nike.

Ops, lupa lak. Korang dah tengok wajah baru myvi aku? Yes. Akhirnya, berjaya juga aku tukar sportrims. Konig 15" dengan 2" lips. Warna hitam merah. Memang rempit la kereta aku. Dowside nya, 1 je. Minyak makan sikit. Terasa juga ler telannya minyak tu. Especially bagi orang yang kuat berjalan macam aku. Takpe, temporary je. Nanti kalau-kalau rasa tak best dah, tukar sportrims standard. Sportrims ni jual le. Apa susah kan.

Sportrims baru. Konigg.

Aku baru je dapat 2 lagi jemputan kahwin. Kawan-kawan juga. Haslan dan kak ain. Makin ramai kawan-kawan yang dah kawen ni. Haslan ni classmate aku waktu sekolah teknik dulu. Kamceng kitaorang ni. Dia dah bertunang 4 tahun dah. Tahun ni tamat la penantian dia. Aku ni dah takde keje lain. Tiap kali cuti panjang je, mesti pergi kenduri kawen kawan-kawan. Apa-apa pun, tahniah la pada Lan dan Kak Ain. Semoga berbahagia.

Bini baru. Eh, orang yang sama.

Minggu ni menyedihkan. Sebabnya, aku tak dapat job minggu ni. Harap sangat dapat 2-3 job minggu ni. Rezeki. Takpe la. Sabar banyak-banyak. Bakal isteri aku cakap la. Aku ni dah risau. Bisnes kurang, income kurang. Tahun nie kan bisnes elektronik turun. Kemelesetan ekonomi. Merisaukan. Tahun aku nak kawen, tahun tue la ekonomi meleset. Cobaan! Tapi, meleset pun, tetap gak orang shopping kow kow. Takde beza pun aku tengok. Tapi, bagus untuk ekonomi negara.

Salah label. Lada cuka perginya label sambal belacan.

Apa plan hujung minggu ni yer. Aku cadang nk pergi jalan-jalan dengan Lily. Tapi, kemana? Cameron? Beratus kali dah pergi. Borink dah. Genting? Musim hujan ni. Bukit Tinggi? Dah pergi hari tu. Lagipun bukan ada apa. Bukit larut? Lagi takde apa. Bukit Merah? Tak best. Tempat budak kecik jer tu. Semuanya nak pergi ke bukit. Huhu... Korang ada idea? Bagi la cadangan yang bernas. Aku teringin gak nak baca idea-idea bernas korang. Support arr sikit. Huhu...

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!