Pages

Thursday, February 05, 2009

Bapa Mertuaku.

Pagi semua. Pagi yang indah hari ini. Aku baru balik dari ber'jogging di Polo. Lama dah tak jogging. Saja nak mengubah cara hidup. Lagi pun berat badan makin naik sekarang ni. Bahaya tuh. Sedap lak rasa badan dapat jogging tadi. Ringan sikit rasa. Walaupun kena muscle sore, tapi takpe nyer. Janji sihat.

Semalam aku janji nak sambung lagi citer percutian aku kan. Ok Ok. Here it goes...

Aku tido dekat rumah Lily malam tu. Pukul 3 pagi kan, takkan aku nak drive balik Ipoh. Dah la dengan ngantuknya semua cukup. Lagipun, esoknya aku nak berdepan dengan bakal bapak mertuaku buat kali pertamanya. Kira macam nervous ler. Belum lagi jumpa bakal bapak mertua pun dah wat ragam dah. Pagi tu aku bangun lambat. Steady beb. Kat umah mak mertua pun boleh wat macam kat umah sendiri. Aku bangun kol 10 pagi camtu. Celikcelik mata, bakal bapak mertua aku dah ada kat ruang tamu. Bukannya aku gi mandi dulu, aku gi salam pastu sembang dulu dengan dia. Rock tak ingatnya bakal menantu dia.

Sembang biasa-biasa jer. Aku pun takde cakap nak meminang Lily pada dia. Bagi aku, cukup kalau jumpa je. Dia dah paham ler tujuan aku tu. Kemudian, dia lak nak gi kenduri kawen. Kemudian terus balik KL. Tak jadi masalah sangat. Dah jumpa. Lepas tu, aku pergi kenduri sedara Lily. Pergi dengan mak dia sekali. Kira nak kenal-kenal la macam tu. So far ok la. Penerimaan diaorang pun ok.

Itu je la story jumpa bakal bapak mertuaku. Huhu... Takde la macam dalam tv tuh. Sampai terketar-ketar. Aku kan steady. Rock steady babeh!

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!