Pages

Thursday, October 17, 2013

Travelogs: Putrajaya Int'l Firework Competition

Un-edited : Colors of Putrajaya Fireworks.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada september dan oktober yang lepas, telah berlangsung Putrajaya Int'l Firework Competition. Bertempat di Tasek Putrajaya, acara ini telah disaksikan oleh ribuan pengunjung yang datang dari seluruh negara. Aku juga tak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan acara ini. Dari lokasi yang dirahsiakan, aku telah berjaya mengambil gambar bunga api dengan jelas dan terang dengan hanya menggunakan gadget Nokia #Lumia920 sahaja.

Acara bunga api ini hanya dijalankan pada jam 10 malam dan berlangsung selama 30 minit sahaja. Terdapat 4 pasukan yang bertanding. Malaysia, USA, China, UAE. Setiap pasukan menghasilkan letupan bunga api yang unik yang mengikut irama orkestra yang terpasang. Ianya satu pemandangan yang tidak boleh dilupakan dan pengalaman yang unik.

Pada pendapat aku, acara ini berjaya menarik kunjungan penonton dari seluruh dunia, bukan hanya penduduk tempatan. Malahan gambar yang aku kongsikan di Instagram mendapat pandangan positif banyak pihak. Aku berharap, dengan adanya acara seperti ini, boleh menarik lebiih ramai lagi pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia dan menikmati keunikan negara kita yang tercinta ini.


Hariz Trancends
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah!

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!