Pages

Friday, October 18, 2013

Tech: " Do It Yourself " Studio Lighting Box

Tech: Custom Studio Lighting Box
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Akhir-akhir ini, aku agak stress sebab kebanyakan gambar produk yang di ambil, pixel'nya pecah. Akibatnya, bila nak buang background dalam photoshop, adalah sangat susah. Tension!. Lastly, aku google idea untuk buat Studio Light Box dalam bilik kerja aku. Kriteria utama aku ialah murah dan kebolehgunaan. Dalam pada itu, aku bertanya-tanya juga pada sifoo fotografi di area rumah aku. Alhamdulillah, sifoo sanggup tolong binakan Studio Lighting Box bersama.

Material yang digunakan adalah paip pvc. Ini adalah untuk memudahkan kerja pada masa depan. Sekiranya box ini perlu dibesarkan, cuma perlu beli pvc lain dan besarkan seberapa yang dikehendaki. Fleksibel itu penting. Untuk lampu, aku gunakan 3 biji lampu kalimantang yang pendek. Kalau korang berduit, belilah lampu yang high grade. Untuk lapik, aku gunakan hardboard. Sebabnya, hardboard itu perlu dilentur seperti dalam gambar itu. Untuk buat base supaya subjek boleh diletakkan di atas tu. Make sure putih ataupun hitam background'nya.

Hasilnya??? Jom tengok gambar-gambar di bawah ini.

Tech: Taken using Lumia920 Macro Shot

Tech: Taken using Lumia920 Macro Shot

Tech: Taken using Lumia920 Macro Shot
Untuk smooth'kan shadow itu, malam ini aku akan beli kain putih. Kain putih itu balut pada lampu kalimantang untuk smooth'kan warna dia. Esok aku akan publish hasil terkini setelah Studio Lighting Box ini betul-betul siap. Nantikan...

Hariz Trancends
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah!

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!