Pages

Wednesday, July 07, 2010

Makan-makan di Tasek Kenyir.

Pada 4 Julai yang lepas, aku dan famili telah pun berjalan-jalan ke Terengganu Darul Iman. Semuanya tak dirancang. Secara tiba-tiba, idea untuk pergi berjalan itu muncul. Aku terus check baki kredit dalam kad kredit aku, dan terus membuat perancangan. Uniknya perjalanan kali ini ialah aku dan Lily langsung tak tidur malam itu. Dari jam 12 malam, kami mencari di Internet tempat untuk bercuti. Kami browse Melaka, Johor, Langkawi dan banyak lagi tempat. Akhirnya, tepat azan subuh berbunyi, kami dapat ilham untuk pergi ke Terengganu.
Adni & mama di Restoran Tasek Kenyir.

Gulai ikan baung menu utama kami.

Sambal belacan dan ulam itu wajib.

ikan sungai. Kalau takde, rugi.
Kami melalui jalan Cameron Hinglands - Gua Musang - Felda Aring - Tasek Kenyir - Kuala Terengganu. Kalau dengar tu, memang macam seram sikitlah jalannya. Tapi sebenarnya, perjalanannya sangat menyeronokkan. Nak tahu kenapa? Sebabnya ada banyak makanan yang sedap-sedap dijual di sepanjang perjalanan. Salah satunya, restoran makanan di tepi Tasek Kenyir, Terengganu. Apa yang menjadi tarikan restoran ini? Semestinya gulai Tempoyak ikan Baung. memang tak ada tandingan. Tersangat sedap. nak dijadikan rezeki, bila kami sampai sekitar jam 2 petang itu, memang dah tersedia lauk ikan baung ini. Apa lagi...., perut dah lapar, memang menunggu di isi sahaja.
memang berbaloi makan di restoran ini. Suasana tasik yang tenang membuatkan selera kami makin bertambah. Pada sesiapa yang ada lalu di Tasek Kenyir, silalah singgah di restoran ini. Lokasinya betul-betul di jeti Tasek Kenyir. Jangan risau. Makanannya murah dan berbaloi.

Menu :

Gulai Ikan Baung - RM6.00
Ikan sungai - RM3.50
Nasi putih
ulam & sambal
Teh O
Teh Tarik
--------------------------------
Total : RM12:00

So? Murah kan???

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!