Pages

Monday, July 26, 2010

Yang Datang Dan Yang Pergi

Alhamdulillah, pada hari ahad bersamaan 25 Julai 2010, telah berlangsung Kursus Pengurusan Tanggapan Umum Dan Komunikasi di Pusat Komputer Lestari Dinamik. Semuanya berjalan lancar. Aku bersyukur sangat. Walaupun fasiliti pada tahap sederhana memuaskan, tetapi kursus tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pada permulaannya, aku sendiri kurang berkeyakinan dengan fasiliti yang tersedia. Mungkin kerana aku berhadapan dengan beberapa masalah yang tidak boleh dielakkan. Antara masalahnya ialah pemasangan white screen untuk projector, pemasangan projector dan masalah aircond yang kurang sejuk. Tapi setelah diyakinkan oleh isteri, aku tegar membuat persediaan untuk Kursus Pengurusan Tanggapan Umum Dan Komunikasi.

Hari sabtu tersebut, aku dan isteri agak sibuk menguruskan hal-hal lain sehingga tak berkesempatan mahu menyiapkan premis untuk Kursus Pengurusan Tanggapan Umum Dan Komunikasi. Jadi pada sebelah malamnya, kami telah datang ke premis dan membuat persediaan. Aku telah menggunakan kain putih berukuran 3 meter x 2 meter sebagai white screen. Ini memberikan jarak paparan projectr yang lebih luas. Idea ini timbul setelah memikirkan kesukaran ramai peserta untuk melihat paparan projector dari jarak jauh dengan hanya menggunakan white screen biasa.

Setelah selesai pemasangan white screen, tiba masa untuk membuat pengubahsuaian paparan. Pada jarak 8 meter, paparan masih dapat dilihat dengan jelas. Aku yakin, pasti ramai yang berpuas hati dengan hasil paparan yang luas itu. Diakui, aku perlu meletakkan projector di tempat yang tinggi, ataupun lebih mudahnya aku pasangkan sahaja pada penggantung projector di siling. Itu semua akan aku atasi pada masa akan datang. Dan tak dilupai juga, aku perlu mendapatkan projector yang lebih berkuasa dan jelas. Aku telah pun membuat tinjauan dan memilih jenama Panasonic sebagai jenama projector pilihan. Setelah diteliti, prjector Panasonic memberikan banyak kelebihan bersesuaian dengan harganya walaupun jika dibandingkan harga dengan jenama lain, pasti Panasonic akan menonjol sebagai jenama yang mahal.

Pada akhir kursus, peserta diedarkan dengan borang maklumbalas. Setelah diisi dan dipulangkan semula, aku dapati ada juga maklumbalas berkaitan premis ini.

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!