Pages

Wednesday, July 28, 2010

Post 201 : Yang Semalam Dan Pagi Tadi

Salam,

Mesti ramai yang pelik bukan dengan tajuk artikel kali ini. Sebenarnya tiada yang unik ataupun yang bersejarah terjadi. Cuma bercerita tentang semalam dan pagi tadi. Kalau nak dikatakan peristiwa pun, rasanya bukanlah sesuatu yang boleh dimasukkan dalam rancangan Hari Ini Dalam Sejarah. Mari kita mulakan dengan cerita semalam. Semalam, isteri aku pulang ke kampung bersama Adni. Lily menghadapi sakit pinggang yang agak kronik. Mungkin antara puncanya ialah letih dan juga menyusukan Adni. Adni masih lagi menyusu badan sedari lahir lagi.

Seterusnya, aku tinggal di Ipoh seorang diri. Ramai juga yang melawak mengatakan aku bujang senang. Tapi, mungkin tidak bagi aku. Jadual kehidupan sangat padat. Sebaik sampai dari kampung, aku terus menyiapkan sebutharga dan juga menghantar barang bekalan. Pada sebelah malamnya, seawal jam 8:00 malam, aku telah berada di premis Pusat Komputer Lestari Dinamik. Sesi perniagaan waktu malam pula akan bernula. Alhamdulillah, perniagaan semalam memberangsangkan. Walaupun aku agak sedikit risau dengan sales yang semakin berkurangan sekarang ini.

Tepat jam 12 tengah malam, aku sudah bersedia untuk menutup perniagaan. Waktu perniagaan Pusat Komputer Lestari Dinamik telah berubah sekarang ini. Perniagaan bermula jam 8:00 Malam hingga 12:00 Tengah Malam. Dalam perjalanan pulang, aku bertembung dengan 1 sekatan jalan raya oleh PDRM. Sebenarnya, memang telah aku jangka akan ada sekatan jalanraya. Alhamdulillah, semuanya okay. Pegawai polis tersebut terus membenarkan aku lalu sebaik melihat keadaan aku. Terdenga juga pegawai polis itu berkata pada kawannya, "Kereta Auto". Mungkin mereka sedang memburu suspek berkerta myvi manual.

Dan akhirnya, pagi ini terasa badan sangat berat. Nak bangun solat subuh pun dipaksa-paksa.


"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!