Pages

Tuesday, August 03, 2010

Putus Asa & Cara Menanganinya.

Pernah tak sekali dalam hidup, kamu berputus asa? Atau pun punya perasaan putus asa yang amat sangat? Pasti ramai yang menjawab Ya! Sebenarnya, kita manusia memang sinonim dengan perasaan putus asa. Dek keranaceteknya ilmu pengetahuan, kita tidak tahu bagamana mengatasi perasaan putus asa itu. Lantas ada yang menjadi gila kerana putus asa.

Aku telah melalui fasa berputus asa yang agak kronik. Pada umur aku baru menganjak 18 tahun, aku telah diuji dengan perasaan putus asa yang amat sangat. Ini semua terjadi setelah aku mengalami kecelakaan jalanraya yang mengakibatkan tangan kiri aku lumpuh. Mungkin ramai remaja sebaya aku yang tidak terfikir pun akan kekangan pada masa hadapan, tetapi aku seolah-olah dapat melihat situasi itu. Ini telah memberikan aku tekanan yang amat sangat. Bahkan ada masanya aku terasa seperti mahu mati!

Bagaimana aku mengatasinya? Aku harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga aku yang terus sentiasa menyokong aku. Sokongan ahli keluarga adalah terpaling penting. Pada fasa awal kemurungan/putus asa, pesakit akan lebih mendiamkan diri, menyendiri, banyak tidur dan berkelakuan pelik. Pada fasa ini, pendekatan psikologi dan juga kasih sayang amat penting. Fasa ini merupakan sempadan bagi pesakit tersebut. Sekiranya keluarga tidak mengambil tahu, pesakit akan masuk ke dalam dunia khayalannya, dan pada fasa ini, pesakit sudah sukar diubati.

Apa yang aku lalui dahulu sudah berada pada fasa sempadan ini. Untungnya keluarga aku segera membantu dan memberikan semangat. Dan setelah aku berjaya mendapatkan keyakinan diri, perkara pertama untuk membuang perasaan putus asa adalah menghadapi sendiri masalah tersebut. Pesakit mesti menyelesaikan masalah tersebut sendiri, disokong dengan kata-kata perangsang dari keluarga. Ini yang aku lakukan untuk melawan perasaan putus asa.

Sekarang, walaupun telah lama perkara itu berlaku, aku masih lagi bersikap positif dan terus berhadapan dengan masalah. Aku tidak lari dari masalah sebaliknya mencari jalan penyelesaian. Ini menjadikan semangat dan keyakinan diri bertambah.

Itulah sedikit tips yang dapat aku kongsikan. Mungkin akan memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

2 comments:

  1. btul laa tuh...
    jgn putus semangat...

    keluarga laaa org yg sentiasa disisi kita...
    baik buruk kita, mereka menerima seadanya...

    ReplyDelete
  2. yes.. putus asa ni kawan setan. so, lebih baik kita berfikir macam mana nak selesaikan masalah.

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!