Pages

Thursday, July 22, 2010

Over Excited Buat Marketing

Salam all.

Aku sekarang ini dah bangun awal pagi. Jangan tak tahu. Pukul 6.00 pagi aku dah bagun, solat subuh dan bersiap terus. Lily sekarang ini kerja bermula jam 8.00 pagi. Jadi kami kena keluar dari rumah jam 7:15 pagi. Nak hantar Adni ke nursery lagi. Peliknya si kecil tu, kami bangun awal, dia pun bangun awal juga. Siap boleh main pulak tu. Nak jadi cerita, tengah malam tadi si kecil ni boleh bangun. Pastu ajak aku main. Aku pun tak sedar sangat dah. Apa benda tah yang dia buat pun aku tak tahu.

Sebenarnya, yang aku nak cerita bukan pasal si kecil ini. Tapi pasal aku pergi ke pejabat NSTP pagi tadi. Pergi hantar flyers. Lega dada aku ni. Isnin ni flyers aku akan diedarkan di kawasan Rapat Setia, Ampang dan Pekan Razaki. Seronoknya. Tak sabar nak tunggu hasil dari pengedaran flyers tu.

Dah lama aku nak cuba pengiklanan guna surat khabar ini. Tercapai juga akhirnya. Walaupun terbang RM100. Aku berjanji, sekiranya dalam masa 2 minggu ni aku tengok progres okay, aku akan edarkan flyers sebanyak 4000 helai pulak. Dan waktu itu kawasan pengedaran pun makin luaslah. Perancangan aku, kalau berjaya juga flyers yang itu, aku akan ada pakaian kerja rasmi. Kereta pun mungkin dah rasmi kot myvi aku tu. Cuma nak tampal sticker nama kompeni je lagi.

Isk, over excited lak aku ni. Bukan apa, dah lama sangat mengidam. Macam orang mengandung lak. Okay, next story next. See ya...

"Rich men build wealth, successful men build network." Sincerely;

4 comments:

  1. haahhaha...

    bagus2 ye encik hariz...

    semoga berjaya

    ReplyDelete
  2. Mesti...

    Semangat nih. Inilah hidupku.

    ReplyDelete
  3. mesti newspaper opis ni ade flyer idan jugak! yey!:D nnt akak promo kat staff2 "ni kawan saya ni!" ehehee..

    ReplyDelete
  4. Yup. Silalah promo sekiranya ada nanti. Sekarang ni klu nak buat kuursus komputer pun boleh di tempat idan. Dah start wat kursus.

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!