Yes!
Aku dah potong pun kad kredit aku. Ada 2 kad. Maybank dan juga CIMB. Aku tak mahu pakai kad kredit lagi. Menyusahkan sahaja. Lepas ini nak pakai cash sahaja. Kalau nak diikutkan, orang yang bijak kewangan hanya akan gunakan cash sahaja. Sebabnya mudah dikawal. Tapi, kad kredit itu pun ada kebaikannya. Jadi, terpulang pada individu untuk menilai.
Bagi aku, bila aku potong saja kad kredit ini, serta merta hilang rasa beban dan sesak tu. Rasa lapang je hidup. Memang betul dalam Al-Quran ada sebut, hidup berhutang ini tak aman.
Okeh, itu sahaja yang nak di update. Maybe sebab takde idea sangat kot apa yang nak di updatekan. By the way, aku sedang construct borang survey etiqa untuk wife aku. Dalam bentuk pdf saja. Nanti bila aku dah publish dekat blog ini, harapnya semua reader dapatlah jawap survey itu. Bukan banyak pun. 5 soalan je. Dan don't worry. Aku dah integrated siap dah. Bila klik send, automatik send ke e-mail wife aku. Harap dapat kerja sama semua kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment
Berani komen?