Pages

Monday, January 23, 2012

SBPA : Pengiraan Bayaran Baki Gaji SBPA - KWSP



Bukan dah tulis ke cara pengiraan ini?

Ok. Memang sudah ditulis, tetapi aku nak tulis semula sekali dengan pengiraan potongan KWSP. Mesti ramai yang ingat akan dapat penuh baki gaji SBPA kan? Maaf ye, KWSP ada. Bagi yang taraf pencen, tak pasti. Hari ini cuti Tahun Baru Cina, jadi tak dapat nak bertanya pada Kewangan.

Pengiraannya :

BAKI GAJI SBPA :

Gaji SBPA - Gaji SSM = Baki Gaji SBPA

(F2-1 T2) - (F29 P1-T1) = Baki Gaji SBPA

RM1710.00 - RM1544.84 = RM165.14

KWSP (11%) :

Baki Gaji SBPA - 11% = Duit baki masuk akaun.

RM165.14 - 11% = RM146.97 <== Duit yang kamu akan dapat.

Desas desus yang didengar, ada penjawat awam yang mendapat bayaran baki gaji SBPA cuma RM5.00. Ada juga yang sen sahaja. Adakah benar? Kalau kamu ada maklumat, kongsikan di sini. Dari report yang dicetak tadi, tidak kelihatan pula nilai bayaran yang rendah.

Pada 31hb januari (Selasa), semua penjawat awam akan dapat bayaran ke dalam akaun masing-masing. Semoga ini akan menceriakan hidup kamu semua.


arizs

from {desk}

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!