Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun
Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.
Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
Apa tunggu lagi? Pergi ke bank-bank yang berkenaan dan dapatkan SARA 1Malaysia ni. Bagi yang tak mampu, buat pinjaman dengan bank. Yang mampu dah tentu jer guna duit sendiri.
Secara ringkas:
Setiap bulan, keuntungan dari pelaburan RM5,000 adalah sebanyak RM134.00.
(Modal sendiri) Dapat untung RM134.00.
(Modal pinjaman) RM134.00 - RM84.00 (Monthly payment loan) = RM50.00 (Untung).
After 5 years, RM5000 modal akan dapat kepada kita + untung.
Yang guna modal sendiri, dapat lebih dari itu sehingga RM13,000.
Jangan tunggu lagi. Terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia. Di ulangi, SEMUA!
arizs
from {desk}