KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18
hingga 58 tahun.
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000.
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000.
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
SYARAT-SYARAT LAIN YANG DITETAPKAN OLEH BANK
Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera, dan ASW 2020 Bandar.
Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000.
Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah.
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera – 50%;
Cina – 30%;
India – 15%; dan
Lain-lain – 5%
Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.
DOKUMEN UTAMA
DOKUMEN DIPERLUKAN
Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
Borang Jualan Balik ASNB 31
Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
DOKUMEN SOKONGAN
Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
Dokumen Pengesahan Pendapatan
Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
arizs
from {desk}