Adni & percubaan bertudung. |
Di pagi yang sejuk dek aircond ini, aku sedang mencari ilham untuk nama anak yang akan dilahirkan nanti. Bukan aku yang melahirkan, tapi isteri aku. Jadi, tugas aku adalah mencari nama bayi ini. Tanpa mengetahui jantina lelaki atau perempuan, aku perlu merangka 2 nama. Dalam dek berfikir ini, teringat kisah nama Adni, anak yang sulong. Nama Adni dipilih kerana merupakan nama salah 1 syurga. Tak terfikir pun sebenarnya yang nama Adni ini apabila disusun semula, menjadi nama timangan aku. Sungguh ajaib bin hairan. Hahaha...
Okay, setelah pening kepala fikir apa nama yang sesuai, dapatlah dikonklusikan kepada 3 nama lelaki dan 3 nama perempuan. Semua nama mempunyai kesinambungan ataupun linage dari nama yang sebelumnya. Seperti juga nama aku yang mempunyai trademark AHA. Dalam pening kepala tu, ada juga tergelak. Tah kerana memikirkan apa panggilan yang akan anak aku dapat dari kawan-kawan sekolah dia nanti. Macam-macam menerjah minda. Hahaha... Kita kena foreseee semua tu kan. Tugas keluarga adalah untuk melihat masa hadapan anak-anak. Supaya kita boleh memberikan petunjuk kehidupan yang terbaik. Itu kata ayah aku.
Aku perlu berhenti menaip di sini. Banyak lagi report yang perlu dicetak. Slip gaji pun dah cetak. Kejap lagi nak pergi Bank Rakyat. Tq~ goverment. Y'all the best. Esok gaji~
"Rich men build wealth, successful men build network." Azdan Hariz @ Arizs
No comments:
Post a Comment
Berani komen?