Pages

Thursday, March 31, 2011

Gooseberries : Apa Itu?

Semalam aku berjalan-jalan di Alamanda dengan family. Tak perlu aku ulang banyak kali, tetapi bagi aku dan family, Alamanda adalah shopping complex yang selesa. Tak bising dan kurang orang. Cuma apa yang nak aku ceritakan bukanlah pasal Alamanda, tapi tentang penemuan aku di Cold Storage Alamanda.

Tujuan utama ke Cold Storage sebab nak cari salad. Sejak akhir-akhir ni, aku lebih menjaga permakanan. Takut bila dengar ramai yang mati sebab serangan jantung. Dalam dok melihat-lihat sayur-sayuran yang ada, aku terpandang sesuatu. GOOSEBERRIES. Apa itu? Gooseberries ni kalau dalam bahasa kamusnya, buah cermai. Tapi apa yang aku nampak dalam packaging ni bukan buah cermai. Ada nama lain untuk buah ini. Uniknya, waktu aku kecil-kecil dulu, aku selalu makan buah ini. Aku kutip tepi jalan je. Buah ni kalau masak, bertukar dari hijau ke warna kuning. Rasanya pula masam-masam manis. Zaman kecil-kecil dulu duduk kampung, orang main gameboy, aku main konda kondi, tuju selipar, bedil.

Bila aku dah kenalpasti buah tu, baru aku tengok harga. Mak aih. Mahalnya. Padahal buah ni dulu aku collect tepi jalan je. Kambing makan free je, takde orang marah. Sekarang dah jual kat Cold Storage. Dasat betul putaran dunia. Kalau aku tahu buah ni jual mahal gila kat Cold Storage, kecil-kecil dulu dah lama aku buka kebun tanam buah ni je. Tapi yerla, bukan boleh jangka masa depan.

Aku tinggalkan berri tu sebab aku nak cari barang lain. Tapi, aku snap dulu gambarnya. Sebagai bukti. Dan aku publish kat sini. Kalau ada yang cam buah ni, tinggalkan komen korang. Especially nama buah ni.

"Rich men build wealth, successful men build network." Azdan Hariz @ Arizs

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!