Pages

Thursday, July 24, 2008

Tips Cepat Giler Untuk Beli Laptop.



Note: This Pictures Is For Display Purpose Only. No Meaning.

Tetiba aku rasa nak tulis tips untuk beli laptop. Tips nih pun bukan complete sangat. Tapi sekurang-kurangnya membantu la.

Oke la. 1st sekali, dah tentu la rekabentuk laptop tuh yang penting. Seperti Compaq, HP, Dell, Toshiba and banyak lagi la jenama laptop.(Manade orang tgk spec dulu, baru tgk design.) Yang nie, aku tak perlu bagi tips pun. Memasing ada tips memasing. (Check on the weight. Important!)

2nd, Korang tengok la features apa yang korang nak pada laptop tu. Sebaik-baiknya, biarla features yang sesuai dengan kegunaan korang. Contoh, kalau pereka grafik, mesti la dia nak ada features yang canggih. Kad grafik dan macam-macam lagi. Businessman maybe nak pakai yang ada biometrik system. Security la tuh.(Nvidia Graphic Card is best for gaming!)

3rd, yang ni more pada teknikal sikit. Korang tengok processor. Processor camner yang korang nak pakai. Nak yang power ke, yang biasa je ker. High end ke, mid end ke. Contoh, Intel Core 2 Duo dengan Intel Dual Core. It's different oke!(Dual core tak power bawak Windows Vista.) Tengok pada L2 Cache dia berapa. Normally kalau dual core, 2mb jer. Kalau core 2 duo lak, 2x2mb. Which means power dia 2x lagi otai dr dual core.

4th, Tengok la ram korang. Normally sekarang ni, laptop datang dengan ram 1Gb. Tapi, kalau korang nih pereka grafik, guna la ram 2Gb. Nak lagi gempak, 4Gb. Tak pasti kelebihan 4Gb ni.(Windows XP cuma guna 700Mb jer ram. dah running cun.) Ram pun ada banyak jenis. Normally orang pakai yang DDR667. Ada juga yang high-power macam DDR800 or DDR1033.

5th, tengok la harddisk pulak. Kalau nak storage besar, upgrade ler. Letak 500Gb ke, 1Terabyte ker. tapi watper pun. nanti penuh dengan lagu and video jer.(Pengalaman. Aku guna 4Terabyte.) Ada yang guna IDE connector, ada yang guna SATA. Better amik SATA. Data transfer cepat. Up to 3Gb.

6th, yang nih dah simple. Technical part dah abis. Sekarang, korang survey-survey la kekurangan laptop tuh. Macam compaq, bagus sebab weight tak berat sangat, plus design lawa. But, kalau korang format, punya la payah nak instal sound driver dia. Tanya la mana-mana kedai pun.

Acer pula, tak abis-abis masalah panas dia. Kejap-kejap, padam. Pengalaman aku pakai acer. tapi acer yang baru la yang camtue. yang lama oke. tahan. Model-model lain tuh kurang dengar masalah.

Lastly, korang survey la pulak free gift yang diaorang bagi. Part nih additional erk. ngee... :p

Okay, tuh jer la yang dapat aku kongsi. Kalau ada yang nak bagi idea or tips, post kat komen. supaya boleh la berkongsi dengan kawan-kawan yang lain.

P/s;
Nak gi KL ke tak?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!