Pages

Friday, February 13, 2009

Jom Merepek??

Akhirnya, aku dah pun update template blog aku. Kali ini, template yang lebih menarik, dan lebih professional. Aku dah pun tambah macam-macam widget. Biasanya aku update template kejap je, tapi kali ini, seharian juga. Bukan sebab canggih sangat, tapi aku pergi ke Teluk Intan menguruskan borang nikah aku.

sampai je aku di Teluk Intan, terus aku calling best friend aku yang dah lama tak jumpa, Zubir. Masih lagi macam dolu-dolu, libang libu, kelabu asap. Aku tanya, "Ko wat apa sekarang bir?". Jawapnya mudah je, "Aku baru berenti kerja". Haih, poning aku dengar kawan aku sorang ni. Umor dah la 24 tahun. Dok lagi dengan mak ayah, duit pun minta diaorang. Kesian bila pikir kawan aku ni. tapi bukan tak di tolong, udah lebih dari tu. Dulu, aku rekomen dia kerja kat Pejabat Pendidikan Daerah, under ayah aku. Tak juga kerjanya. Memain jer lebih.

Sekarang ini, aku tengah merancang nak wat bisnes dengan diaorang ni. Kira nak tolong kawan-kawan sambil sama-sama maju la ni. So far, zubir takde la menolak. dia pun memang tak pernah menolak. Sentiasa je mengikut. Zul pun so far bagi greenlight. Si apis jer yang tak tau lagi. Blum lagi tanya dia. Tapi, insya'allah hujung minggu ni dia ada nanti, aku tanya dia. Mesti dia pun nak join sama.

Ops, bercerita pasal pergi uruskan borang nikah, aku rasa pengurusan di teluk intan lagi baik dari di ipoh. Di Ipoh ni, lambat yang amat. Macam banyak sangat je kerja. Yang pasti, aku tengok diaorang banyak rileks jer dari wat kerja. Di Teluk Intan, walaupun diaorang pun rileks juga, tapi tak la macam di Ipoh. Sekurang-kurangnya, pengesahan borang nikah aku tu dia boleh siapkan tak sampai 30 minit. Berbanding di Ipoh yang suruh aku datang amik borang nikah aku selepas 1 minggu. Apa kejadahnya tu??

Pas je selesai hal borang nikah aku tu, terus aku + zubir pergi sabak bernam. Pergi beli seafood. Aku berjaya beli ketam nipah, kijing, sotong segar dan juga ikan temenung. Tapi yang paling bestnya ketam nipah tu la. Itu memang eksotik nyer makanan. Ingat nak beli kepah, tapi takde pulak. Hajat asalnya nak mencari kepah barang 2kg-3kg. Dalam dok berjalan-jalan kat sana tuh, tengok la ikan puyu, sepat siam, haruan, keli, sembilang. Adoi, sedap-sedapnya la ikan-ikan ni. Terkenang lak zaman kecik-kecik dulu gi menangkap ikan di ban (parit besar). Lantas, sebagai balasannya, merasa la rotan abah hinggap di punggungku yang montel ini. Hahaha....

Eh, dah kalut lantas melalut aku ini. Pantas aku menghentikan penulisan ini kerana hari sudah lewat pagi dan mata sudah terpejam. Sekitar 5pagi nanti aku harus bangun lantas memandu kereta myviku ke perjentian Bas Ekspress Medan Gopeng untuk mengambil kakak + abang ipar ku di sana. Rasanya aku ini seperti sudah gila merepek di dalam blog ini. Aku menyusun 10 jari memohon ampun maaf walaupun belum raya lagi, kerana telah merepek di dalam post kali ini. Selamat tahun baru ok??

Sincerely,
arizs

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!