Baru sahaja pulang dari kiosk Yes 4G di Mines 2, Seri Kembangan. Kecewa dengan pekerja kiosk itu. Jangankan nak bertanya, pekerja kiosk itu sendiri pun tak wujud. Yang ada hanya notis terlekat, "Toilet Break". Secara kebetulan, agen dari Damansara datang dan sempatlah juga dia menerangkan kepada aku dan isteri tentang Yes 4G.
Pakej yang kami pilih ialah Yes 4G : RM68. Dengan melanggan kontrak selama 2 tahun, melayakkan pelanggan untuk mendapat free huddle. Huddle ini ialah modem wifi 4G dengan coverage seluas 30 kaki per segi bersamaan 5 meter per segi. Untuk melayakkan pakej RM68 ini, pelanggan perlu membayar 1 time registration deposit berjumlah RM350. Rebat RM200 akan ditolak dari deposit ini secara bulanan selama 20 bulan.
Secara ringkasnya, itulah penerangan yang kami terima. Ditanya pula berkenaan coverage Yes 4G ini. Agen tersebut memberitahu yang Yes 4G telah pun available di semua bandar-bandar utama, sepanjang lebuhraya. Berkaitan dengan kelajuan pula, contohnya di Putrajaya, purata kelajuan adalah sekitar 9Mbps. Sama seperti unifi dengan perbezaan portability. Siapa yang tak mahukan kebebasan, kan?
Promosi 1.
arizs
from {desk}