Tertumpah air? Ada cara selamatkan laptop yang basah itu. |
Penyelesaian 1 : Pengeringan Semulajadi.
Cabut bateri dan terbalikkan laptop yang basah tu. Biarkan ianya kering secara semulajadi. Boleh juga kalau nak diletak dibawah kipas. Nak bagi lagi cepat kering. Jangan guna hot air blower, habis cair bahan-bahan plastik dalam laptop yang basah tu. Dah satu hal lagi nak tukar casing dia pula. Biarkan selama 2 hari. Selepas itu, cuba periksa pada kesan tumpahan itu. Kalau dah kering, korang boleh pasang semula bateri dan power up laptop itu.
Penyelesaian 2 : Bahan Pengering
Bahan pengering ini terdiri dari gel silika yang selalu ada dalam kotak barangan baru. Tak kira la kotak kasut ataupun kotak henpon. Mesti ada benda ni. Tujuannya bukan sebagai aksesori tapi untuk mengeringkan bahan elektronik tersebut dan mengelakkan air/wap dari berkumpul. Masukkan laptop yang basah tu dalam 1 bekas yang boleh ditutup rapat. Contohnya baldi. Letakkan gel silika dan tutup baldi dengan plastik. Gamkan sekeliling mulut baldi untuk mengelakkan wap/air dari luar berkumpul sebelum sempat gel silika habis keringkan laptop korang yang basah tu. Beras pun boleh digunakan juga. Biarkan selama 2 hari. Setelah itu, cuba power up laptop.
Penyelesaian 3 : Buka Papan Kekunci
Penyelesaian ini adalah teknikal sedikit. Bergantung kepada jenis laptop, skru yang perlu dibuka adalah dari 1-7 biji. Mula-mula, pastikan air yang tertumpah itu dikeluarkan. Caranya, sengetkan laptop yang basah itu supaya air mengalir jatuh. Kemudian, lap kering saki baki air yang tinggal. Setelah papan kekunci dibuka, lap lebihan air di bawah papan kekunci sehingga kering. Gunakan kain bersih untuk mengelakkan habuk.
Penyelesaian 4 : Alkohol
Penggunaan alkohol juga mampu membantu menghilangkan kesair tumpahan selain air. sediakan bekas yang besar, kemudian rendamkan laptop yang basah dalam alkohol itu. Mesti gunakan 99% alkohol tulen. Kurang dari 99% alkohol tulen, boleh menyebabkan litar pintas kepada laptop yang basah tu. Pastikan alkohol meresap masuk pada semua komponen laptop. Biarkan kering selama 2 hari setelah dikeluarkan dari alkohol itu. Kebiasaannya kedai-kedai banyak guna skil ni. Di Lowyat Plaza ataupun mana-mana kedai repair komputer, mesti ada benda ni.
Penyelesaian 5 : Dismantle
Kalau semua pun dah tak boleh. Terpaksalah korang buka laptop yang basah tu. Buka bermaksud, korang leraikan setiap komponen laptop itu. Ini kategori 'Super' teknikal. Teknik pembersihan juga sama. Gunakan 99% alkohol tulen. Cumanya, tak payah rendam laptop yang basah tu, tapi cukup sekadar sapu dengan cotton swap atau cotton bud. Biarkan kering selama 2 hari, selepas itu pasang semula. Dan cuba hidupkan semula. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. untung korang, laptop selamat.
Kos : $$
Risk : Medium
Satisfaction : High
Cubalah praktikkan kalau laptop korang basah. Kalau hantar ke kedai, maybe kena cas $100-$250. Itu pun kalau kedai tu baik nak tolong repairkan. Silap hari bulan, dia cakap laptop dah rosak, kena beli baru. Korang pun trade-in je kat kedai tu laptop lama $50. Untung kedai tu berganda-ganda. Laptop secondhand boleh jual $600-$800. Korang rugi berganda.
arizs
from {desk}