Pages

Friday, April 12, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

IKLAN JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian ini sedang dalam proses membuat pengisian beberapa kekosongan jawatan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Jabatan-Jabatan di bawahnya seperti berikut:

i) Pemandu Kenderaan Gred R3 - 9 jawatan
ii) Pembantu Am Pejabat Gred N1·17 jawatan

iii) Pekerja Rendah Awam Khas Gred R3 - 1 jawatan
iv) Pekerja Rendah Awam Gred R1 - 4 jawatan

Bersama-sama ini disertakan iklan kekosongan jawatan beserta borang permohonan untuk rujukan selanjutnya.

3, Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan untuk menghebahkan dan mengedarkan iklan kekosongan jawatan ini ke Jabatan dan Agensi di bawah seliaan tuan . Iklan dan borang permohonan ini juga boleh didapati di laman sesawang Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi iaitu www.mosti.gov.my. Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 17 April 2013.

4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .

Dapatkan borang di sini.
Hariz Trancends
Setiap hari adalah anugerah. Bersyukurlah!

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!