Pages

Tuesday, July 22, 2008

Call It Karma (The Tragedy)



Aduh. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni? Dunia dah gila.(Manusia yang gila.)
Apa kes nih bro? Tetiba jer kata dunia dah gila ni.
Apa kes? Kes kawan aku. Close friends. Apa la nasib dia kan. Eh, mesti korang confuse kan. Biar la aku story sikit-sikit hal kawan aku nie. (jeng jeng jeng....,)
Alkisah, Pada tanggal 26 Januari 2008, kawan aku ni pun melangsungkan perkahwinan dia. Kawan aku nie (Kita Panggil A) baru berumur 22 tahun. Sangat la cantik, ayu & sopan budaknya. A nie memang jenis yang happy go lucky.
Di jadikan cerita, A nie berkahwin atas sebab dia frust dengan best friends aku sorang lagi ni. Jadi, bila ada budak sekampung dia (Kawan baik A) masuk meminang, A pun terima la. Siapa yang sangkakan. Aku pun terkejut beruk dibuatnya. Tapi, demi menghormati kehendak dan pendirian dia, aku support juga A. Kesian pun ada. A tersangat frust.
So, apa jadi bro?
Sabar la. Aku nak cerita la ni.
Pada hari perkahwinan dia, aku pun pergi la. Memeriahkan majlis. Sempat juga aku bersembang & bergambar dengan dia. A tetap rapat dengan aku, walaupun best friends aku buat perangai hampeh dengan A. Banyak yang kami sembangkan. A sesekali ada juga bertanyakan best friends aku nih. (Kita panggil Z) Aku cuma mengingatkan A yang dia patut lupakan Z. Z nie pun satu hal. kelabu asap jer.
Cepat la bro? Mukaddimah panjang la ko nie!
Isk, budak ni. Sabo la. A + suami dah selamat di ijabkabulkan. Aku tumpang bahagia untuk kawan-kawan. Tapi, terdetik dalam hati. Mampu ke dua orang muda ni melalui hidup berumahtangga? Dua-dua berumur 22 tahun. Doakan saja mereka bahagia.
3 bulan berlalu. Aku dapat SMS dari A.
"Hi idan. Watpe tu? A nak bagitau. A dah pregnant." (Rezeki.)
Wow, seronok aku dengar. Kawan aku dah pregnant. Kata orang, anak ni pengikat kasih. Bagus la tuh. so, aku pun reply balik;
"Tahniah. A jaga kesihatan baby + diri k. Suami pun. sampaikan salam pada suami."
Short + simple. Mana boleh sms lama-lama dengan bini orang. huhuhu....
Kawan mana tak happy tengok kawan-kawan dia bahagia. Aku pun macam tuh. Sangat happy.
Dan semalam, setelah lama tak berkomunikasi, tiba-tiba aku dapat balik sms A.
"Idan, A dah berpisah dengan suami. Dia ceraikan A. A benci dia."(OMG!)
Aku tergamam. Dada jadi sebak. Best friends sendiri tuh. Baru kawen 6 bulan. Its crazy. CRAZY!
"A. Betul ke? Jangan main-main hal macam ni. Idan confuse. tell me. Why? How? When?"
Begitu banyak persoalan bersarang di dada. Banyak lagi yang tak terungkap.
"5 hari lepas. A benci dia."
Aduh. Apa la nasib kawan aku ni. Dah la tengah pregnant.
"Sabar A. Semua nie dugaan Allah. Jangan cepat melatah. Kuatkan semangat. Baby A macamana?"(Apa yang mampu aku buat. Berikan semangat.)
"Baby A sihat. Cuma A jer yang tak berapa. Pergi check doktor tadi. Everyting is fine. Cuma A jer yg kurang darah + air."
"Oke Oke. U take care of urself. Jangan biarkan apa yang terjadi nie melemahkan semangat kita. Idan always here. Always support u. If there is anything I can do, let me now. I'll be there. take care of the baby."(Janji seorang kawan baik.)
Jadi, pada tanggal 17 Julai 2008, A telah pun bercerai dengan suaminya. aku sendiri tak dapat bayangkan macamana anak tu nanti. Aku cuma boleh doakan A + baby selamat.
Tak ke gila namanya tu. 6 bulan ++ jer kawen. Aku harap, pada kawan-kawan yang nak kawen tuh, think wisely, fikir sehabis-habisnya, before buat keputusan. Supaya apa yang terjadi pada A, tak berulang pada korang.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!