Pages

Tuesday, August 12, 2008

Sulking Under the Pillow?!

Starting anew. Leave all sadness behind?!

Tue la motto aku hari ni. Aku kena move forward. No more sulking under the pillow. Teringat seminggu lepas, aku rasa rugi sangat. Yerla, aku tak boleh kerja seminggu. Jiwa tertekan.

Kawan-kawan YM! semua tertanya-tanya, naper status YM! aku tak pernah nak best. Selalu macam orang baru mati bini jer. Hahaha... Sorry ler kawan-kawan. Aku cuma meng'ekspresi diri aku. Aku anggap penulisan blog nih salah satu cara menghilangkan stress. Kalau aku citer kat korang, belum tentu korang nak dengar, or kalau korang dengar pun, masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Acuh tak acuh. Aku gak yang sakit hati karang.

Oke, Oke?!

Hari ni, ada beberapa perkara aku nak settlekan.

1. Update daftar perniagaan. Nak masukkan kepala perniagaan lagi. Tambah bidang perikanan.
2. Nak submit daftar perniagaan baru pada Consultant aku. Berkaitan loan RM250,000.
3. Nak selesaikan surat perjanjian sewa-beli. Yang nih dengan akak aku jer.
4. Cuba dapatkan address kawasan ternakan kerapu/siakap dekat Perak nih.
5. Pergi bank. Withdraw duit. Dalam wallet tinggal RM20 jer dah ni.

Q: Naper aku buat loan RM250,000??
Ai: Ok. Loan ni untuk aku buat bidang Perikanan. Aku nak ternak ikan kerapu/siakap dalam kolam kanvas. So far, aku dah pun wat pelan untuk 10 kolam. Tempat tu, aku masih tercari-cari lagi. Ada dapat tempat di Rawang, tapi aku tak pasti lagi.

Q: Nape tetiba nak buat perikanan??
Ai: Anggap la nie Fail-Safe plan. Lagipun, aku cuba get ready peluang kerja untuk ayah aku. Dia dah nak bersara tuh. Lagipun, masa muda nie la nak amik risiko pun kan. Kalau aku gagal, aku tak kawen. Aku kerja gila-gila nak bayar hutang aku sampai aku mati. Hahaha...

Q: Berani ke ambil risiko??
Ai: Hahaha. Look who's talking la sweetheart. Aku tak takut hadapi kegagalan. Dah terlalu banyak kegagalan aku lalui. Kalau sekali lagi aku gagal pun takde bezanya. Look towards, Move forwards?!

Q: Tak takut ke berhutang??
Ai: Berhutang dengan cara yang betul takpe. Jangan berhutang dengan orang or dengan Ah Long dah ler. Kalau dengan bank, ada tolak ansur lagi. Usaha kan. Nowadays, masuk toilet pun kena bayar 3 kupang.

Pengumuman!

Once aku dah start buat perikanan nanti, aku akan drop terus bidang IT. Aku nak fokus. Lagipun, memang tak boleh pun nak buat bidang IT. Modal tak cukup besar. Tak percaya?! Try la korang wat bisnes IT. Tengok kalau boleh mula takde modal. Unless kalau korang menipu je, atau kaki putar belit. Hahaha.

Oke, Oke?! Aku nak stop dulu. Aku terlayan lagu dangdut nih. Amelina Ft. Iwan - Yang Tersayang. Lagu ni famous tahun 1996 dulu. Time tuh aku umur 12 Tahun. Hafal tuh lagu ni. Hehehe. Orait. Korang semua take care oke?! adios Amigos.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!