Pages

Wednesday, August 13, 2008

Pengalaman Jadi Babysitter.

Sekali lagi, hari ni aku kena jadi babysitter. Half day jer pun. Tapi, penat siot. Adoi. Baru la aku tau naper orang pompuan selalu cakap penat jaga baby. Respect gila la aku kat diaorg. Jaga anak, suami lagi, diri diaorang lg. Huhuh...(dah, dah. Xleh puji lebih2.)

Aku jaga adam jer arinie. Macam biasa la. Dia bukannya complicated sangat nak jaga. Senang jer. Pas mandikan dia, pakaikan napkin, pastu aku on'kan jer tv tuh. Pasang vcd citer apek senario. Dia pun melangut tengok citer tuh. Aku pun chatting jer la. Nasib la ada technology. Senang hidup aku sikit.

Kalau tak tengok vcd, dia nak tengok tom tom bak kat laptop. Aku on jer youtube tuh. Senyap ler dia. Memang tak banyak masalah btul.

Semalam aku gi buat bekam. Huhuh... best memang best. Tapi badan berbekas ler. Korang kalau tengok, sure cabutnyer la. Dah macam apa jer. Disebabkan badan aku terlalu horror, aku tak boleh la letakkan gambar bekas bekam kat dalam blog ni. Takut ramai yang pengsan atau tak lalu makan nanti. Aku suka wat perubatan alternatif ni. 1 lagi yang aku suka, akupuntur. Aku pernah wat 100 lebih jarum. Huhuh. dah macam apa jer belakang badan aku tuh.

Korang ada try tak buat bekam? Try la weih. Aku jamin, dianya effect memang boleh dirasai la. Tapi kalau rasa-rasa taknak pergi kerja dengan muka berbekas, jangan la wat kat muka. Semalam aku wat kat tepi dahi aku. Huhuh. berbekas tuh. Pandai-pandai la cover.

Ehhh, ok la weih. Aku kena blah dulu. Tengok adam jap. So, nanti tulis lagi. Idea kering nih. Hahaha. By the way, aku ada nak pergi mandi kat Sungai Klah. Saper nak join???

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!