Pages

Sunday, September 14, 2008

1st Meeting After 13yrs?

Semalam adalah hari yang sangat sibuk. Why? Aku keluar berbuka puasa dengan Tiqah. Tempat perjumpaan adalah di KFC Silibin, dekat belakang Billion. Waktu berjumpa adalah kol 6:15ptg. Seperti biasa, aku akan datang awal 5minit dari masa yang dijanjikan. Tunggu, dan tunggu, dan tunggu... 7ptg, baru la muncul tuan punya badan dengan kawan dia. Nasib baik bulan puasa beb. Syaitan sumer kena ikat. Jadi aku takde la temper. Tapi, berbunyi gak la aku. Kitaorang pun queue la nak beli makanan. Dah datang pun lambat, orang pun dah ramai, memang lama la queue. Sambil queue tu, sembang-sembang la dengan Tiqah. Nothing much change. Tiqah tetap macam Tiqah. Just sikap pemalu tuh jer yang tak macam Tiqah.

Apa kau seronok jumpa kawan lama? Yang dah 13 tahun terpisah?

Kalau ko tanya kambing pun, mesti kambing tuh jawap seronok. Apa punya slo'mo la. Kitaorang tak banyak citer pasal yang lepas. Just citer tentang situasi semasa. Aku seperti biasa. Tak kekok jumpa sesapa pun. Since masa suntuk, around 7:50mlm tuh, kitaorang dah gerak balik. Promise, next time kuar lagi and this time dia janji takkan lewat lagi.

Sebelah malamnya, aku sms semua kawan sekolah rendah aku. Semua pakat terkejut dapat sms dari aku. Bermula la pertandingan sms dari kol 12tgh malam sampai la kol 3pg. Kering gak kredit aku. Semua kawan aku suruh aku balik kampung. Excited nak jumpa aku. Thanks y'all. Korang memang the best. Buat aku rindu balik moments we were together.

0ops, jom check kalendar aku.

17 Sept 2008 - Majlis Berbuka Puasa Dengan scoolmate SRK Iskandar Shah. (KL)
18 Sept 2008 - Berbuka puasa bersama Farhana dan Najwa. Scoolmate SK Dato' Sagor. (KL)
20 Sept 2008 - Majlis Berbuka Puasa Dengan scoomate SM Teknik Persiaran Brash. (Ipoh)

Ada lagi events yang tak finalize. Jadi tak masukkan dalam kalendar la. Masih lagi merancang. tapi thanks pada kawan-kawan yang memberikan kerjasama pada aku. You guys Rock.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!