Pages

Monday, September 15, 2008

Events update. Raya JB tahun ni.

"helo bos, jangan lupa minggu depan buka pose sama. Ajak dila skali."

Tuh la sms yang aku terima. macam biasa la. Appointment la. Tak buat appointment, tak dapat la teman nak menolongnya. Liya, x-classmate SK Dato' Sagor dulu, sms dengan penuh terujanya. Dia antara beberapa kawan yang tak menghampakan. Reply aku;

"Ok, jumaat ni aku confirmkan. Ko kna masak tau. Aku nak ko masak. Nak rasa. hehe. Bereh. Ko nak aku ajak Tiqah pun boleh."

Orang dah berharap, jangan lak kita hampakan. Tue prinsip aku. Jadi, aku cuba tunaikan. Jom masukkan event ni dalam kalendar perancangan aku.

17 Sept 2008 - Majlis Berbuka Puasa Dengan scoolmate SRK Iskandar Shah. (KL)
18 Sept 2008 - Berbuka puasa bersama Farhana dan Najwa. Scoolmate SK Dato' Sagor. (KL)
20 Sept 2008 - Majlis Berbuka Puasa Dengan scoolmate SM Teknik Persiaran Brash. (Ipoh)
20 @ 21 Sept 2008 - Berbuka puasa bersama Liya dan Dilla. Scoolmate SK Dato' Sagor. (Kg Gajah)
27 Sept 2008 - Travel pergi Kajang. Rumah Sunisa. Pit stop before balik JB beraya. (Saujana Impian)
28 Sept 2008 - Drive balik JB. Tahun ni raya JB. (Kg Bendahara, JB)

Seperti yang dapat korang tengok, ada sedikit pertembungan tarikh dekat situ. Tapi takpe, aku akan manage perkara ni elok-elok. Itu la events aku buat masa ni. 'nough said, habis update untuk events jer.

Semalam tak banyak perbezaan sangat. Ahad kan. So berehat jer la. Dari pagi tido sampai tengahari. Bangun jap tengahari, pastu sambung tido balik. Dekat kol 4ptg baru terjaga. Gelabah solat zohor. Petang tuh pergi pasar ramadhan dekat Medan Gopeng. Menyakitkan hati je. Nak beli sup daging, sampai-sampai jer, gerai jual sup tuh dah siap packing nak blah dah. Wah, giler laku sup brader ni. Tahniah arr brader. Saya ingat sup brader nih boleh dapat awards la.

Dek kerana takde sup, aku pun jalan-jalan lagi. Ingat nak beli ler apa-apa. Tapi semua pun dah settle. Per kes nih. Diaorang nih beli juadah berbuka puasa ke, juadah berbuka tak puasa. Awal-awal lagi dah settle ni. Per kes? Kerana tak nak balik kecewa, beli la sup dekat d'kiff cafe tuh. Bukan sedap pun. Tapi dah masa suntuk. Sambil dok tunggu sup aku siap, tengok-tengok la orang lalu. Pahala puasa dah la kurang, mata tuh taknak jaga lak. Ramainya manusia. Diaorang ni dari mana, nak kemana, sebab per. Banyak lak soalan aku.

Sup pun dah sampai, apa lagi. Tak reti nak blah ker. Aku terus mendapatkan B-Vi aku. Rempit balik umah. Dah nak berbuka tu. Mula la dalam hati nak marah jer. Dugaan betul. Tapi aku sampai ke rumah dengan jayanya. Dan berjaya juga aku berbuka di rumah hari nie. Tue jer la citer aku nak berbuka puasa. hehehe... jangan marah.

2 comments:

  1. Ala, umah dekat ja ngn medan gopeng tu, tu pun nak hangin ker?? Tu la, sapa suh gi lambat.. =)

    ReplyDelete
  2. mesti arrr. yg lg dekat tuh l a yg lg kepala hangin. hahaha...

    ReplyDelete

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!