Pages

Tuesday, September 16, 2008

Jangan Pergi Pusat Servis Perodua Dalam Bulan Puasa.

Korang nak tau tak 1 citer lawak? Camni citer dia. Ada sorang mamat ni, dia pergi servis keta dia kat pusat servis perodua. Awal pagi gak la dia pergi. Kol 10pg. Bila sampai tue, dia pun pergi la registerkan keta dia. Dah pas register tu, mamat nih duduk la kat waiting room tuh. Tau jer la pusat servis perodua. Ada waiting room, ada majalah, air minum dan tv. Everything memang ok la kat situ. Ada la beberapa customer yang dok servis kereta tunggu kat dalam tu. Mamat nie nampak la jug Kopi dan nescafe. Cantik gak ni pekena kopi pagi-pagi ni, kata mamat tuh dalam hati. mamat tuh pun dengan machonya pergi la kat jug tuh. Mamat nih teraba-raba carik cawan. Nampak dah cawan tuh, tapi mamat ni hairan la juga. Sebab per bangsa lain jer yang minum air. Dah nak pegang dah cawan ni, tetiba mamat ni teringat, "alamak, bulan puasa beb". Dek nak cover tuh, mamat nih wat la cam dok tengok-tengok majalah kat kabinet sebelah tuh. Pastu wat muka seposen duduk kat sofa balik. Nasib la orang kat dalam tuh tak perasan. korang tau saper mamat tuh? Mamat tuh adalah aku. hahaha....

Badigol betul. Camner aku boleh lupa sekarang bulan pose. Kalau tak, mau setahun aku tak pergi pusat servis tuh lagi. Selalu juga la aku nih macam nak terlupa. Kekadang bangun tido pepagi, terus capai botol air. tapi nasib baik la Allah bagi ingat cepat.

Tapi, berbaloi la aku pergi pusat servis tuh. Aku cuma kuar modal RM2.70 untuk air bateri jer. Yang lain free. Siap kawan aku tuh adjustkan belting radiator aku yang kendur tuh bagi tegang balik, tukarkan power window nyer switch, tambah minyak gear, minyak power steering, minyak brek, check alignment, check enjin. Banyak tuh. Aku sound kawan aku tuh, aku tengah cari bumper SE. Dia ada kawan boleh dapatkan murah. Material yang sama dengan bumper SE original. Ok la tuh kan.

Ingat la korang semua, kalau pergi pusat servis perodua, jangan nak terus minum. Pandang-pandang, jeling-jeling dulu. jangan ikut cam aku. Hahaha....

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!