Pages

Thursday, September 11, 2008

Mengimbau Kenangan.(Imbau jer, jangan kembur!!)

Wah, my life is so full of colors right now. Kenapa?? Pertama, kerana sekarang ni aku rasakan kawan-kawan aku yang menghilang dulu semua dah kembali pada aku. Ada yang menghilang 12 tahun, ada yang 13 tahun. Rindunya pada kalian semua. Thank Dylla coz mencari aku even sampai dalam friendster. Kalau tanpa ko, sure sekarang aku tak dapat nak ber'msg dengan najwa, tiqah, azmeer and many more la kawan-kawan sekelas kita dulu. Aku masih lagi menggosok mata yang tak berapa rabun nih, sebab tak percaya aku dapat berhubung balik dengan kawan semua. 20 Disember 2008 nih, aku berjanji pada sportrim myvi aku tu, yang aku akan balik ke Kg. Gajah dan berkumpul balik seperti yang dirancangkan. walaupun aku tak tau per kaitan sportrim myvi aku tuh dalam kes nih.
Semalam aku dok tengok friendster Najwa, aku bagai nak gelak. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Adoi la. Kenangan lucu pulak yang datang. . Teringat juga aku pada akob, nuar manan, huda manja. Semua tuh memberi seribu satu nostalgia pada aku. Terima kasih Dato' Sagor. Di situ aku kenal erti hidup dan persahabatan. Teringat rotan Cikgu Salleh yang selalu menyebat belakang badan aku ni. Sesungguhnya rotan tu berhutang dengan aku kemaafan di hari raya ni.
Pada tiqah, I'm very sorry ok. Sebab ganggu ko sampai ko kena pindah sekolah. Tak sangka lak ayah ko sadis sangat sampai pindahkan ko dari sekolah tuh.
Pada Najwa, lagi aku sorry. Aku tak sangka gangguan-gangguan dari aku tu selalu buat ko menangis.
Pada Aidil, sorry disebabkan action ala-ala ong bak aku dulu tuh, buatkan ko kena sunat awal. Mana aku tau skill tuh merbahaya. 18PL. Aku saja nak wat demo jer.
Pada Akob. Selagi ko tak bagi duit raya pada aku, selagi tu aku tak maafkan ko. Ada ke patot ko buli aku. Aku baik siot. Tau la badan ko besor sikit dari aku. Ingat! Duit raya erk. Kalau takde dua keping RM50, tuh bukan duit raya tuh.
Pada Huda. Ko nie memang la. Apsal la ko ni anak manja. Aku yang tak bersalah ni selalu jer kena. Aku tau la aku suka buli ko. tapi budget la. takkan la cuit sikit pun nak nangis. Mentang-mentang mak ko cikgu. Asyik aku jer kena. Ko pun sama. Utang duit raya gak dengan aku. Hahaha....
Pada Cikgu Salleh. Cikgu kalau tak rotan belakang saya, macam tak sah kerja cikgu hari tue erk. Hari-hari saya jer kena. Cikgu pilih kasih ni. Saya kena tepon tele-dera ni. Tapi, thanks cikgu. Sebab cikgu la Bahasa Melayu saya waktu SPM dapat 5C. Merajuk dengan cikgu ni.
Isk, panjang juga aku update. Thanks kawan-kawan semua. Masa bersama korang adalah yang paling berharga pada aku. Dan aku tahu aku tak sia-siakan masa tuh sebab korang semua ingat apa aku buat pada korang.

1 comment:

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!