Pages

Monday, November 17, 2008

Langit Tak Sentiasa Cerah


Hahaha... hari nie double post okay?! Sebab ada orang komplain post yang 1st tuh pendek sangat. Amacam? Seronok tengok meter myvi aku? Memang best kan dapat tengok meter almost full. Tapi, everything comes with the risk. Today aku tak kerja erk. 1st sebab aku letih semalam pergi Puncak Alam (Sia-sia jer pun), 2nd, aku malas nak kerja. Adik angkat aku cakap, "mentang-mentang keje sendiri erk!". Tu la untungnya kerja sendiri. Negatifnya lak, tak kerja, takde duit la.

Aku dah pun uruskan insurans + roadtax aku. Tarikh tamat tempoh adalah pada 21/11/08 ni. Selepas check berapa harga, jumlah adalah RM1014.00. Dengan NCD 25% dan Windscreen Insurance RM500 (RM75). Mahal juga insurans aku. Roadtax cuma RM70 jer. Tue pun aku belum kemukakan Kad OKU aku. Gunakan semua kelebihan yang ada.

2 hari lepas, aku pergi Puncak Alam. Jumpa Bakal Isteri aku. Suppose everything ok, wishing everything to be ok, tapi ending tak seperti yang diharapkan. Dari mula aku sampai lagi, things not going ok. Dia naik keta aku dengan muka masam, tak tegur aku, tak salam aku pun. Bila aku tanya, tak jawap. Terasa macam kuli aku ni. Dah la datang dari Ipoh, sampai-sampai je, itu layanan yang aku dapat. Kecil Hati? Teramat sangat. Apa dia ingat aku ni driver dia ke. Bila dia nak tegur, nak cakap, dia buat.

Aku sabar lagi. Aku drive dari Puncak Alam pergi ke Alamanda, Putrajaya. Sampai sana, kami pergi makan dulu. Things getting ok ler pas makan tuh. Kami beli tiket Midnite Madagascar. Sambil tunggu tu, kami sembang-sembang. Tah apa yang aku silap, tetiba dia merajuk. Pastu tinggalkan aku. Bila aku carik dia, dia tengah nangis. Bila aku tanya kenapa, tak jawap. Ingat aku ni apa. Aku dah banyak sabar dah ni. Lastly, aku pun dah naik hot dah. Aku ajak balik jer. Tak tengok pun citer Madagascar tuh. Biarkan! Dalam keta tu, aku tanya lagi. Kenapa?! Tak jawap. Wat bodoh jer. Lantak ko la. Aku pun tak kuasa nak tanya banyak-banyak lagi. On the way back, aku drive macam apa jer. Speeding gila-gila. Baik hantar dia cepat-cepat balik. Sebelum aku hilang sabar. 30min jer dari Alamanda ke Puncak Alam.

Adeh, per la nasib. Aku ni dah rasa macam apa jer. Suddenly rasa malas nak kawen. Fedup. Kalau aku jer yang perlu sensitif, perlu jaga hati dia jer. Dah la, aku malas nk tulis lagi. Nak merehatkan otak and melegakan hati. Temperature naik ni.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!