Pages

Wednesday, November 19, 2008

The Neo I Know.






Petang tadi, dengan jayanya, wujud la sebijik Satria Neo dalam hidup aku. Teruja nak drive. Jadi, memandangkan aku nie rider sejati, aku pun drive satria neo tu. Aku test alignment. So far, sebagai kereta buatan Proton yang memang diakui akan masalahnya, aku berpuas hati. Walaupun actually sangat jauh beza jika dibandingkan dengan Myvi SE aku tu. Bunyi dalaman kereta yang bising (deruman enjin 1.6 yang kuat), side mirror yang terlalu kecil, stering yang kurang menarik, dan ada beberapa masalah lagi yang membuatkan aku sedikit terkilan. Tapi yerla, berbanding harga, no wonder la. Myvi SE aku berharga RM53k OTR, Neo RM43k OTR. Jarak beza harga yang cukup ketara.
Paling terkilan, throttle respond. Aku mengharapkan throtle respond seakan kereta lumba. Ini tak, bayangkan kalau perlu menekan 1/4 throtle hanya untuk menggerakkan kereta. Myvi aku memberikan throtle respond yang lebih baik. Tiada gap untuk time delay. Dalam perlumbaan, every second counts. Terkilan juga sebab Neo ini bukan Neo Hi-Line. Andai Neo Hi-Line, pasti dilengkapi dengan sportrims 16". Sesuatu yang boleh dinantikan prestasinya. Apa yang boleh dibanggakan, dari segi cengkaman pada ketika mengambil selekoh. Walaupun aku belum mencuba pada kelajuan tinggi, tapi aku masih boleh berpuas hati.
Keseluruhannya, aku boleh berikan 3 dari 5 bintang. Taraf yang boleh berpuas hati. Terfikir juga, maybe dengan sportrims original jepun 15" boleh memberikan prestasi yang lebih baik. Nantikan update akan datang berkaitan topspeed dan handling pada kelajuan tinggi. Enjoy the car pictures.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!