Pages

Tuesday, December 02, 2008

Reflection Of Reality


"JOURNEY TO THE CENTER OF THE UNIVERSE"

Ramai yang tanya pada aku, kenapa guna description tu. Kenapa tak guna "CENTER OF THE BRAIN" ke? Sebab blog pun macam blog orang sakit jiwa je. Aku rasakan, UNIVERSE tu abstrak. Sesuatu yang luas skopnya. Tak boleh diteropong dengan teleSKOP. Aku suka UNIVERSE. Tapi kenapa JOURNEY? Betul la. Takkan la pulak TRAVEL. TRAVEL tu macam aku dah tau pengakhiran perjalanan aku. Sebaliknya, JOURNEY adalah sesuatu yang tak pasti, yang jauh dari pengakhiran.


Isk, geli pulak aku tengok citer SUTERA MAYA ni. Kenapa filem kita ada scene peluk-peluk? Tue belum citer REMP-IT lagi tu. Yang tu, toksah citer scene peluk-peluk, lebih dari peluk-peluk pun ada. Bagus betul. Ada sorang pengarah filem Hollywood ni cakap, "FILEM IS A REFLECTION OF REALITY". Apa tu? Korang tak paham? Maksudnya, filem tu adalah cermin kepada realiti sebenar. Cuba tengok cerita Indonesia. Banyak perebutan harta, ilmu hitam, curi anak, dan macam-macam lagi. Tu memang refleksi dari realiti sebenar. Korang rasa betul tak?

Lawa juga Fasha Sandha ni. Suara je fail skit. Tapi kira Fail-Safe la tu. Haha... Banyaknya aku komplain. Tapi aku tengok juga citer ni. Nak buat camner. Boring. Tinggal sorang-sorang kat rumah ni, memang aku boring la. Nak kuar pun, kawan-kawan dah kawen. Zul, Linda, Mat. Semua dah berbini. By the way, terlupa pada event ni.

"SELAMAT HARI LAHIR KE-22, SAYANG.
SORRY TAKDE HADIAH, I PRESENT TO YOU OUR ENGAGEMENT RING"
28-11-08


Tak romantik kan. Itu la Lily cakap pada aku. Hampeh...,

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!