Pages

Monday, December 01, 2008

MyVi Vs. Civic V-Tec 1.8

Hwargh! Aku baru jer sampai dari KL. Jam 2:00 pagi waktu tempatan. Buat apa di KL tu? Hehehe... biasa la, ujung minggu kn. Sekejap je pun di KL. Aku bz sikit hujung minggu ni. Sibuk siapkan rumah aku.

Tadi, on da way aku nak balik Ipoh, di atas Highway PLUS, ada la kisah menarik ni. Tengah aku memandu dengan berhemahnya (sebab bawak 90KM/H), tiba-tiba kereta aku dipotong bayangan hitam. Berdesup cahaya beb. Dek kerana terkejut, aku mengucap terus, kot la nak jadi apa-apa. Terus rewind otak ingat dah solat Isya' belum. Rupa-rupanya, Honda Civic V-TEC 1.8DOHC yang overtake aku. Laju bagai kilat. Aku? Sabar. Cobaan. Masih lagi mengekalkan 90KM/H di atas lebuhraya.

Zup. Zup. Amboi, nie dah kurang asam ni. 2 bijik kereta lagi overtake aku. Nasib overtake je, buatnya override, mampos aku. Proton Saga BLM dok kejar BMW X5, Ada ke patut. BLM Vs. X5. Macam Arnab dengan kura-kura. Aku pulak dah hot. Ati dah didih-didih ni. Apa lagi, step pedal la. Tengok-tengok, BLM tuh pergi 160KM/H jer. X5 pun sama. Takde saingan la macam ni. Aku meneruskan kegilaan malam dengan mengejar Civic V-TEC tu. 500m, 400m, 300m, 200m, 100m, and akhirnya aku betul-betul di belakang V-TEC. Ushar meter, baru 170KM/H.

Alih-alih V-TEC tu tinggalkan aku keseorangan. Tak jauh pun. Ingat dia dah step abis gak pedal dia tu. Aku step pedal lagi. Meter dah 180KM/H. V-TEC pun dah surrender, bagi line aku overtake. Pastu V-TEC tu follow belakang je. Jauh juga ler, aku ingat ada 5KM kitaorang main. Asyik bagi hi-beam je. Lastly, ada bas ni nak masuk line kanan, aku dah bagi beam pun, still nak masuk juga, terpaksa ler aku menekan brek. V-TEC belakang aku pun tekan brek juga. Setakat tu jer la perlumbaan aku malam ni. Bukan tak nak sambung, nak sambung. Tapi lelah dah. Letih bawak laju ni.

Lepas tu, sepanjang nak sampai Ipoh, aku bawak 100-110KM/H jer. Rileks beb. Layan lagu lagi best. Akhirnya, sampai juga aku ke destinasi. Kalau tak sampai, manakan boleh nak update blog ni kan. O0ps, lupa. Sorry takde gambar sewaktu perlumbaan. Kameraman sibuk pegang steering. Huhuh... Tak dapat nak tunjuk bontot Civic dicucuk Myvi.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!