Pages

Friday, December 05, 2008

Rumah Idamanku?

Aku sedang dengar lagu Axls - Andai Dapat Ku Undur Masa. Lagunya best. Rock kapak era 90'an. Terkenang lak zaman kecik-kecik dulu aku selalu dengar lagu-lagu top waktu tu. Seronok gila. Lagu baru sekarang ni, dah takde sentuhan lagi. Takde tarikan. Kenapa kalau orang tengok bercinta, putus cinta, suka layan lagu lama? Bukan lagu baru? Kenapa lagu Alleycat, Sudirman, P. Ramlee tetap ramai yang suka? Jawap, jawap.

Aku hari ni sibuk dok kemas opis. Pindahkan barang-barang ke rumah sewa aku. Letihnya, tuhan je yang tahu. Seronok rasanya dah tamat kontrak dekat opis tu. Boleh la aku beli LCD TV 32". Memang cita-cita ni. Apa lagi yang takde dekat rumah tu ye? Peti ais, mesin basuh, semua dah ada. Perkara asas dah ada. Tinggal nak cari set Home Theatre je sekarang ni. Dapat set Home Theatre tu, cukup le. Complete la rumah idaman aku. Ada 3 bilik dalam rumah tu. 1 bilik dah jadi stor, 1 lagi nak buat bilik study, 1 lagi Master Bedroom. Bilik study tu nanti, aku nak letakkan semua laptop, pc aku dalam tu. Internet access dalam bilik tu. Even though ada wireless. Seronok betul nak decorate rumah. Dulu life meaningless. Asyik nak convert kereta je. Sekarang ni, dah ada kerja yang nak dibuat selain convert kereta.

0ops, aku baru jer sembuh dari migrain. Fuhh! 2 hari yang sengsara. Hilang nikmat dunia. Tak kerja aku 2 hari. Rasa macam dunia ni dah kiamat je. Akhir-akhir ni, selalu pulak kena migrain ni. Tekanan sangat kot. Takpe la. Nak menghapus dosa kecil. Dosa besar pun bersepah. Bila la nak clear ni.

Ok la, Selamat Hari Raya Aidil Adha aku ucapkan pada semua muslimin muslimat seluruh dunia. Tahun ni akan jadi lebih bermakna pada aku. Bersyukur sangat banyak perkara baik berlaku pada aku tahun ni.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!