Pages

Monday, December 08, 2008

"Adik nak ubat bersalin ker?"


Semalam, sibuk dok siapkn umah aku lagi. Tapi sempat juga la kuar pergi shopping di Tesco. Shopping sakan juga. Actual planning nak beli tempat sidai baju je, tapi dah terlajak beli benda-benda lain. Lily temankan aku shopping. Riuh je pergi shopping dengan dia. Ada je cerita nak sembang. Dia cakap nak belikan aku ubat resdung. Aku pun apa lagi, suka sangat la. Lepas kami shopping penyidai baju, bantal kecil 2x, air susu, air coklat, air jus buah-buahan, terus kami kuar dari Tesco. Lagi lama duduk dalam tu, lagi nipis poket dibuatnya. Baru sejam dah terbang RM100.


Lepas tu, destinasi kami ialah Greentown Mall. Singgah pun pasal nak beli ubat resdung. Jadi kami pun ronda-ronda la kat dalam GM tu. Lastly, singgah la gerai yang cam jual ubat-ubat herba ni. Soalan promoter tu pada Lily memang lawak gila. "Adik nak ubat bersalin ker?". Ye la, dia pakai blause. Nampak cam pregnant la. Lily jawap nak cari ubat resdung. Promoter tu rekomenkan "Leesa Kosmetik". Harga? Pergh! RM170/- tue. Aku rasa cam kebas je time tu. Nasib la Lily belanja aku kali ni. Lega la aku. So, kami beli la Set Leesa Kosmetik tu. Lepas beli tu, kami terus balik umah. Nak siap-siap balik Langkap lak.


Bantal kecik 2 bijik tu aku letak dalam kereta. Gantikan bantal yang sedia ada. Bantal sedia ada tu dah koyak pun. Tak lawa. Sekarang, makin sayang pada myvi'ku itu. Huhu.


0ops, korang nak tengok rumah aku?! Aku attach gambar. Korang tengok la. Tapi, sorry la. Rumah tak siap sepenuhnya lagi. Tunggu Lily datang nanti. Pasal dia je yang tolong aku siapkan rumah ni.

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!