Pages

Wednesday, December 10, 2008

Uptarikh Antaramuka Blog

Big Bikers tengah lepak. Kaya siot diaorg ni.

Aku dah pun uptarikh antaramuka blog aku. Amacam? Lawa? Jujur aku cakap, antaramuka ni aku rembat je. Takde masa nak buat sendiri punya. Lagi pun aku bukannya pandai designing ni. Nak harapkan designer kat luar sana tolong design... hampeh. Mati kering la blog aku ni. Dek kerana aku memang cekap bab ceduk meng'ceduk idea orang ni, so aku pun ceduk ler idea yang bernas ni. Pada sesiapa sahaja designer antaramuka ni, jangan la kow marah pada aku. Kerana aku ini insan lemah lagi hina, tak dasat macam kow tu.

Jam pun dah menunjukkan pukul 12:12 AM. Lewat lagi aku tido malam ni. Tidakkk! Malam ini aku mesti tido awal. Sekurang-kurangnya pukul 1 AM la kan. Pasal tengah naikgred blog ni. Semangat ni. Mana taknya, antaramuka baru. Walaupun muka writer dia sememeh tak berubah macam tu je. Dah berapa kali erk aku tukar antaramuka? Haaa, citer skit. Aku selalu gak wat kerja takde pekdah ni. Terlebih masa ni. Pernah gak aku cakap dalam hati, "apa pekdahnya kow uptarikh antaramuka blog ko ni?. Baik la uptarikh muka ko, naik juga saham tu". Lebih kurang begitu la serba sedikit soalannya.

Eh, esok aku nak buat apa yer? Tadi siang dah la tak kerja. Pastu gi isu cheque RM2700 kat kilang printing. Biler nak kaya camni. Esok,Esok? Ok Ok! Esok aku nak beli hi-fi 3 bijik, home theatre system 1 set, LCD TV 32" 1 set. Ini la dreamhouse aku. Bukan team Dreamkaya yer. Swisscash pun depa juga yang introduce kat Malaysia. Dasar pelingkup bangsa. Ini la dia. Aku bukan nak kutuk diaorang, sekadar nak hina je. Ada ke patut bawa masuk program menjana pendapatan secara "pak man telo". Korang kenal ke pak man telo? Haaa, ini la dia penjana sistem piramid di Malaysia. Memang dasat dia ni.

Ok la, masa aku hampir tamat. Aku nak menidurkan diri aku. Bukan meniduri yerk. Sila baca betul-betul. Esok nak kuar cari duit juta-juta. Minta-minta esok duit jatuh dari kapal terbang barang se'beg dua. Hahaha....

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!