Pages

Monday, January 05, 2009

Apo Kono Eh Jang?

Apo kono eh jang kau monong ajo,
Orang ke bulan ekau di mano,
Muko berpoluh apo teghaso,
Carian ubek penawa duko,

Hehe... Lawak lirik lagu ni. Tapi sarat dengan nasihat. Sapa2 takde lagu ni, per tunggu lagi. Download la. Sempoi beb! Sendirian duduk di ruang tamu rumah ni, buat aku keboringan. Teringat pulak blog dah jarang di update. Sampai Cikgu Nur kita komplain lagi tu. Sampai hati Cikgu Nur komplain saya. Saya sibuk la Cikgu Nur. Nak kawen ni, banyak kerja kena buat. Haha... Alasan yang tak munasabah langsung. Tapi, memang betul aku sibuk. Bukan buat-buat sibuk ataupun menyibuk, tapi sibuk. Hari ini pun, masih lagi tak selesai Surat Akuan Bujang. Kenapa la mesti nak ada surat tuh. Cukup la kalau aku je ngaku bujang. Aku memang bujang apa. Hehe...

Sedang aku melihat ke luar ini, rasa feel lak. Sepanjang 24 tahun hidup bujang, apa yang berjaya aku capai?? Setakat mana pencapaian aku? Syukur Alhamdulillah, aku boleh dikatakan antara yang berjaya juga. Miliki rumah sendiri, kereta sendiri, perniagaan sendiri, pendapatan sendiri. Sesuatu yang sukar dicapai pada usia 24 tahun bagi kebanyakan orang. Untungnya aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tak pula nak lebih lagi, kurang pun tidak. Redha dengan rezeki yang Allah berikan. Dan kali ini, Allah berikan rezeki yang lebih baik. Seorang isteri....

0ops, tersyahdu pula aku. Lupa lak nak story cerita-cerita sensasi masa kini. Buat masa sekarang, belum ada lagi cerita sensasi yang aku kumpul. Cuma, baru 2 hari lepas aku pergi ke KL. Hantar Lily balik Puncak Alam. Dia dah start kerja semula. Habis la cuti-cuti malaysia kami. Mak dia pun ikut sekali. Kira bakal mak mertua aku ler tu. Syukur sebab penerimaan diaorang sangat baik terhadap aku. Paham-paham jer la. Orang yang sempurna pun kekadang ramai tak suka, inikan lagi aku yang tak sempurna ni. Tapi, mak aku cakap, biar tak sempurna diri, dari tak sempurna hati. Isk, ada ke orang yang tak sempurna hati tuh??

Lama dah aku tak pergi travel. 17hb ni ke KL lagi. Hantar mama dan abah pergi KLIA. This time, diaorang sambut birthday abah di Kuching. Wah wah, berjalan sakan orang tua aku ni. Bagus, bagus. Pergi la. Korang pun dah jenuh membela kami ni. This time, biar kami urus hidup kami sendiri. Dan, mungkin dalam bulan ini juga, aku akan ke Kelantan. Classmate aku, Haslan pulak akan berkahwin. Tahun 2009 adalah tahun untuk pergi kenduri kahwin kawan-kawan sekelas. Queue List: Haslan, Aku, Lin, Muhsinah. Yang lain tuh Insya'Allah akan menyusul kemudian. Cayalah.

Rindu nak enjoy life? Mesti la. Sekarang ini, kol 7 malam je, aku dah dekat rumah. Malam jarang keluar. Kalau keluar pun, weekend. Itupun jarang sangat. Kebiasaannya, malam di habiskan dengan main sms je. SMS dengan Lily. Kalau ada kerja terdesak, baru la buat. Kalau tak, memang rileks sungguh. Seronok juga rasanya life macam ini. Dah takde lagi hidup kelam kabut. Betul ker emy?? Cik Ejdeejasmi kita. Hehe... Selamat honeymoon erk Cik Ejdeejasmi.

Bekocak air di boting,
Limau manih betaruk mudo,
Bio becacak koghih dan lombing,
Putih kuning den tarik juo,

Ok arrr. Panjang dah update kali ni. tahan la buat sehari dua orang membaca. Hehe... Nanti aku update lagi. Sesapa nak tinggalkan komen, jangan malu-malu.

No comments:

Post a Comment

Berani komen?

Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Klik!